warta kopi itu memang manis
Assalamualaikum,
Kembali lagi dalam segmen warta kopi itu memang manis.Minggu nie perkataan listen,listen,listen dah jadi trending kat tweeterr.~hebakkan..nie semua gara-gara kecoh kat you tube pasal seorang perempuan berpangkat tinggi,(Cik pah -->malas nak tulis nama panjang) yang memalukan seorang mahasiswa india(Bawani) yang menanyakan soalan dalam satu forum mahasiswa di UUM. Cer korang layan sat bideo yang menyebabkan Cik Pah pah nie fofular dalam sekelip mata~siap ade parodi lagi sejurus bende nie jadi viral on internet kelash ko Cik Pah oi
Cane dasyat tak?.Sampai dia kaitkan dengan binatang and seriously tak relevan langsung jawapan yang diberikan...haa nie yang cik kopi angin nie,kalo yer pun anda tak bersetuju dengan pertanyaan tersebut tak perlulah nak memalukan mahasiswa india tersebut. Perlu ker sebut listen tuh banyak kali. (Ntah berapa kali pun cik kopi tak pasti) Walaupun cik kopi tak ler fasih bab englishh nie tapi cik kopi tahulah listen itu ape n tak perlulah diulang macam kiteorang nie tak tahu ape2. Cik kopi tahu Cik Pah lebih berpengalaman,lebih banyak makan garam,tapi apa hak Cik Pah nie nak buat camni sampai rampas mic dan tak kasi mahasiswa tersebut bercakap biarpun sudah meminta kebenaran. Sebagai seorang yang terlebih garam sepatutnyer Cik Pah lebih bijak tangani soalan provokasi macam nie. Nielah gunanya pelajaran.(orang yang makan garam memang macam nie yer?)
Kalo macam ini lah yang dipertontonkan dalam bideo tersebut serupa orang yang takde pelajaran, main lepas cakap jer tanpa peduli orang yang dikatakan tuh. Well Cik Pah cakap pasal hormat~yes memang betul point yang Cik Pah cakap tuh~kene hormat orang yang lebih tua,lebih atas..~itu memang dah diterapkan dalam budaya kita but Cik Pah harus ingat jugak kita jugak perlu hormat manusia lain biarpun dia lebih rendah pangkatnya,muda usianya. Kata2 Cik Pah tu langsung tak mencerminkan apa yang Cik Pah lakukan. Cik Pah cakap tak mahasiswa tersebut tak menghormati orang lain dan tak berpendidikan sedangkan Cik Pah turut melakukan perkara sama dengan tidak membenarkan mahasiswa tersbut menghabiskan soalan serta menjatuhkan maruahnya.
haih
Tindakan Cik Pah tersebut langsung tidak profesional dan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang presiden..Presiden persatuan wanita tuh..Tindakan Cik Pah ini telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan mahasiswa tak kira lah dorang nie berbeza ideologi.Ye lah mana taknyer perbuatan Cik Pah nie dah menyekat kebebasan bersuara mahasiswa. Mungkin mahasiswa india tersebut ada salahnya tapi biasalah darah muda tentulah teruja untuk memperjuang nasib mahasiswa lain. Sebagai seorang yang lebih berpengalaman, Cik Pah nie patutnya lebih profesional menangani soalan tersebut. Bukan itu namanya forum?.
haihhh
Lagi satu Cik kopi nak tegur sikap student di situ yang ikut jer rentak Cik Pah nie~sokong jer perkara yang berlaku.Memalukan dengan sikap student seperti itu. Dorang tak perasan ke yang rakan dorang telah dimalukan? Tapi bideo tersebut jugak jelas membuktikan ade jugak manusia yang sanggup ikut rentak orang lain tanpa menyoal perkara tersebut. Mungkin mereka tak berani kot nak tegakkan kawan mereka~Mungkin
haihhhhhh
ps : budak UM cabar Cik Pah datang ke UM,~berforum..tengok sape yang kena bash~ade bran tak Cik Pah oii
Cik Kopi yakin sesetengah seluruh mahasiswa tengah sentap dengan Cik Pah nie. Kita akhiri "warta kopi itu memang manis" ini dengan lagu khas dari Mr Bie..
sekian terima kasih
Everyone have their right to speak~just use the right channel
*Hak bersuara hak kami*
Sekelip mata sahaja Bawani boleh jadi popular.
ReplyDeletedalam hal nie dua2 salah tak siapa yang betul.kebiadapan cik pah tu yang menybabkan bawani jadi popular sekeli mata,cik kopi rase maybe dia menang dalam pilihanraya kampus akn dtg.
ReplyDelete