Thursday, May 16, 2013

ohh cikgu..

Assalamualaikum


Selamat hari guru...kepada semua guru-guru di malaysia..terutamanya cikgu sk taman tuanku jaafar 1,smk tmn tuanku jaafar dan smk seri pagi yang dah ajar cik kopi nie dari tadika sampailah form 6..kerana kalian lah cik kopi dh jejak kaki kat universiti...huhu.selama hari guru buat lecturer kat UM yang dh banyak curah ilmu kat student..~yess lecturer pon guru ape....selamat hari guru jua buat ayah yang mula2 skali mengajar cik kopi membaca abc..buat mak yang mula2 ajar cik kopi mcm mne nk buat kje umah..buat ustaz dan ustazah yg ajar cik kopi alif ba ta sampai lah boleh baca al quran..huh..terase cepat betul masa berlalu kn...

aku masih teringat lagi pengalaman aku dengan cikgu masa2 kecil2 dulu..nk tau macam mane cternyer..citernyer bermula begini... JENG JENG JENG

Pada suatu dahulu yg x berape dulu..tersebutlah kisah seorang anak murid yang comey..yang tak mengerti ape2..yang terlalu baik (hurm akulah tu) cik kopi dulu sangat takutkan teacher english mase zaman skola dulu...takutnyer sampai cik kopi tak nak dtg skola...sebab cik kopi dulu takde buku english..teacher english cik kopi tuh adalah guru besar pada sekolah cik kopi belajar...ape lagi ketakutan dyer mule bergandalah,,,asal dia masuk kelas..memang kecut perut..bukan ape cik kopi belum dapat beli buku yang kehabisan stok kat kedai...teacher english cik kopi nie selalu bawak rotan panjang.... lg traumanyer tuh dekat 2 tahun tak hilang...asal nampak guru besar lalu memang kiteorg lari mencanak..~haa itu pengalaman masa cik kopi darjah dua dulu(tengok hebatkan memori cik kopi nie) tapi masa darjah empat cik kopi tak ingat pulak.

Dulu, masa cik kopi tingkatan satu, adelah satu geng nie (termasuk cik kopi) berbincang tentang masa hadapan.nak keje apelah? siapa jodohlah.and macam2 lah..fuhh serius bunyi nyer.kalo lelaki semuanyer nak bercita-cita jadi askar kalo perempuan pulak semuanya nak jadi cikgu.Ohh kenapa perempuan harus jadi cikgu.~cikgu kene lembut so perempuan lah yang paling sesuai.habis cikgu disiplin tuhh macam mane pulak?takkan kene lembut jugak.so lelaki pun sesuai jadi cikgu.Memang berdebatlah kiteorang pasal kerjaya nie especially pasal cikgu..siap ade parti pencadang dan pembangkang (hamboi ko ingat nie pertandingan debat kaa)


Well bercakap pasal cikgu adalah satu topik yang menarik.walaupun cik kopi nie bukan student yang bakal bergelar guru kelak cik kopi mengerti kepayahan guru nie(pernah ada cita2 nak jadi cikgu tapi tak kesampaian). ramai orang cakap "ala ko jadi jer cikgu keje senang,gaji tinggi ade banyak cuti.budak sekolah cuti ko pon cutilah.keje pun tak banyak,tugas ko just sampaikan ilmu pada budak2 nie jerblablabla..".Well korang silap.keje jadi cikgu nie sangat berat sebenarnya, sebab di bahu cikgulah terpikul satu beban untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya.cikgu bukan sahaja sampaikan ilmu pada kita malah dia boleh diumpamakan ibubapa kedua kita. Lagi satu, tak semestinya sekolah cuti,cikgu pun cuti..sebab musim cuti nielah cikgu masih lagi bekerja menyiapkan urusan di belakang tadbir. kesian kan dengan cikgu nie


Lagi satu dalam bab mendidik,cikgu kini kena berhati2 tak boleh sebarang pukul sebab budak2 sekarang memang manja and suka pergi mengadu kalo tak kena gaya.sudahnya ibu bapa pula pergi serang cikgu di sekolah.tak dinafikan dalam kalangan cikgu tu ade jugak yang membuat onar,tapi tak wajarlah kita salahkan dan labelkan cikgu kita dengan pelbagai gelaran gara2 onar yang berlaku.(terasa macam professor laa pulak). bukan semua cikgu begitu ok.ade jer cikgu yang berdedikasi tinggi...sebenarnya nak jadi cikgu perlulah ade jiwa dan minat yang tinggi,bukan sekadar nak ada kerja dan bergaji.or nak larikan diri dari leteran mak yang asyik melabelkan kita sebagai penghabis beras jer..tanpa minat yang mendalam terhadap profession perguruan nie,anda mungkin tak dapat nak didik pelajar..sebab tulah terjadinya kes guru-guru tak beretika.dan ingatlah seketika guru itu seorang manusia,bukan robot.so hormati guru anda agar ilmu yang korang pelajari tu berkat


cik kopi sangat salute dengan insan yang bergelar guru.Sebab kerana merekalah yang mencurahkan ilmu dan bakti,cik kopi berada di sini.ingatlah kerja guru tak sesenang yang disangka.walau setinggi mana pun pangkat anda pada hari ini,semuanya bermula dengan seorang guru..so selamat hari guru,cikgu~



Thanks sudi bace :)