Wednesday, May 21, 2014

soalan femes bila umur meningkat~

Assalamualaikum.

Hari nie genap dah  usia dua puluh tiga tahun..rase pantas jer masa berlalu..cik kopi ingat lagi memori daun pisang masa kecik - kecik dulu..peghh nak daun pisang bagai.hiperbola sgt..Oklah macam biasalah bila umo dah meningkat..tambah-tambah pulak dah masuk angka 20an,ade satu soalan yang paling femes dalam kalangan anak dara zaman sekarang ini ialah bila nak kahwin?Oh mai. Memang femes betul. Selalu kalo bertandang kenduri kahwin,pasti soalan bila nak kahwin akan menjengah ke telinga.


--Hadoii..umor baru 23 tahun mak cik belum 32 tahun pun. Hurm tak puas lagi nak hidup membujang.
--Mak cik ni tak nak mengalah,kamu memilih sangat tu yang takde siapa yang nak tuh..Alamaknya anak dara tua le kamu.oooo satu perkataan yang cukup berdesing.

Nak buat camne? Dah jodoh tak sampai,tak kan jumpe sape2 kat tepi jalan terus ajak kahwin.
"Awak jum kahwin"-hah giler ke ape. Fantasi nobel bolehlah..tapi sayangnya kehidupan taklah seindah nobel.

Mak cik hidup ini bukan untuk kahwin semata2. Perkahwinan ini tanggungjawabnya sukar bukannya macam kita main pondok2,bila dah habis terus balik rumah.Bukan. Semua orang impikan perkahwinan kekal sampai ke akhir hayat. Yelah siapa yang suke bercerai. Kalo ade orang camtu ting tong gamaknyer.

Nak kawen pun kene ade ilmu.Kalo takde ilmu silap2 berbadai rumahtangga (kes tgk tb drama melayu)..itu sebabnyer kene p kursus kawen..kalo nak p siap2 pun boleh jugak.


Bukan terlalu memilih tapi dah Tuhan cakap belum sampai seru untuk kita berkahwin, walaupun kita dah berusaha untuk kahwin..kalau tiada jodoh apa nak dikatakan.. Bila umur dah meningkat dan masih tiada pilihan soalan2 cenggini mmg menusuk kalbu.yelah bila dah cam nie saham dah makin jatuh..kalau lelaki tuh tak kisahler sbb saham dorang still tinggi..

tu sebabnya cik kopi jarang attend kenduri kahwin.Yelah takut dapat soalan same. Bila nak kahwin? Almaklumlah member2 sekolah kebanyakannya semuanya dah kahwin and ade yang beranak pinak pun.even junior mase sekolah dulu pun ade dah kahwen.so soalan sebegini pastinya memanaskan bontot kita..yelah bimbang dicop sebagai anak dara tua...orang kita nie kaya dengan pelbagai panggilan.

Bagi cik kopi sendiri. Cik kopi ikut flow..kalo ade jodoh adelah..lagipun buat masa sekarang cik kopi still tak bersedia nak kawen..takut dgn tanggungjawab tuh..yelah belajar masak pun tak pass lagi ade hati nak kawen. Gatai naa..hah..tunggu lepas lesen memasak baru pikir kot..mungkin.

ps: cik kopi bukan tolak jodoh tapi jodoh jer tak datang berkunjung tiba..kekeke