Monday, January 7, 2013

kerana tudung

Assalamualaikum

Cik kopi akui beberapa tahun sebelum ini cik kopi seorang jahil dalam agama~

Tudung time tu masih lagi on dan off.
kadang kala bertudung kadangkala freehair

keikhlasan masih lagi tak timbul biarpun usia menginjak ke belasan tahun.
bagi cik kopi tudung waktu itu sekadar pakaian di waktu persekolahan.

Apabila habis waktu sekolah tudung ditanggalkan 
Bukan emak dan ayah tidak mengajar
tapi sering terikut gelodak jiwa remaja waktu itu.

Cik kopi tak nampak lagi nilai tudung
bagi cik kopi cukup sekadar tutup kepala

pendek labuh tudung diletak ketepi

sanggul tinggi sentiasa di cari.
bertudung sekadar fesyen apatah lagi

pelbagai fesyen tudung diperkenalkan
tudung hana tajima lah,yuna,tudung siti, 

tudung sarung dan pelbagai lagi
Alangkah jahilnya cik kopi ketika itu..

Satu peristiwa yang membuat kan 
cik kopi mula bertudung secara tetap kira-kira tiga tahun dulu

Waktu itu cik kopi tidak bertudung 

golongan adam ini sewenang-wenangnya mengambil kesempatan pada diri
sehingga membuatkan cik kopi merasa tidak selamat.

dan kerana itulah cik kopi mula bertudung secara tetap dan berubah sedikit demi sedikit

cik kopi perlukan masa.
Cik kopi masih lagi belajar~
harap mengerti jika terdapat ketidaksempurnaan pada tudung

cik kopi mula nampak ape perlunya menutup aurat
ramai yang bercakap wanita yang tak menutup aurat belum tentu jahat dan sebaliknya

bagi cik kopi lebih baik menutup aurat dan menjaga kelakuan

dapat mengedarkan kita dari melakukan perkara yang tidak diingini.
tudung yang dipakai membuatkan orang bertambah hormat sekaligus 
melindungi cik kopi dari fitnah orang 

menutup aurat dapat menjaga tingkah laku kita.

cik kopi bukan pandai dalam soal agama
kerana cik kopi sendiri masih terkontang kanting

ye cik kopi percaya
kerana apabila kita bertudung lelaki tidak sewenang2nya

memperlakukan kita sesuka hati,
cik kopi percaya tudung mempunyai nilai yang tinggi
cuma cik kopi tak pasti mengapa mereka sanggup mencemarkan kesucian islam

dengan mempermainkan konsep bertudung
cik kopi berharap bertudung bukan untuk mengikuti fesyen 
tapi niat mahu berubah ke arah yang lebih baik
*keikhlasan itu penting
well cik kopi masih lagi belajar

wassalam,cik kopi manis

doakan cik kopi menjadi muslimah sejati

(Entry ini utk peringatan diri)


No comments:

Post a Comment