Sunday, January 20, 2013

Anda nak kurus~

Assalamualaikum

Anda semua mahu kurus?mahu kurus seperti model2 terkenal?yang kurus mahu kurus lagi?(ehh silap belog ker?----nie bukan iklan ubat kurus tahu)stop2.berhenti merepek sebelum kena lempang nanti.
                             
Cik adik mahu kurus? cik kakak pun mahu kurus?mak cik pon nak jugak?bhaiyaa karpet pun mahu juga???(*pinggsaaan).sila serius cik kopi-okeylah semua perempuan nak kurus bukan?sape tak nak kurus?angkat tangan?haa tipuuu mesti korang nak jugak turun beberape kilogram jugak kan.well normal lah kalo semua nak kurus bukan? Nie semua salah iklan tb yang banyak paparkan model kurus itu sangat cantik.well cantik itu subjektif tahu~orang gemuk pun comel ape?

Cik Kopi bukan ape. Cik Kopi nak tegur perempuan yang sedia kurus nie.dahlah kurus nak kurus lagi..nak berdiet lagi..nak pakai felina inch loss..ehhh..laa sudah2lah tuh..kalo anda kurus sangat nanti macam jerangkung.burok ok.kalo kurus sedang2 oklah..anda mahu macam nie.?

buat hiasan jer gambar nie
Nak?Nak?Nak??/ Apelah cantik sangat kurus kering macam nie ,pastu dapat pakej free kurus berpenyakit~osteroporosis n silap2 boleh tidur untuk selama-lamanya 


Bagi yang gemuk nak kurus pon ade cara jugak bukan main bedal jer. Contoh, kalo pagi tu anda senaman nak setengah mati. Lepas senaman terus bedal nasi lemak 3 bungkus kaw2~halamak sia2 lah cik nong oi.bukan tak boleh makan tapi kena kawal makan tu.jangan tak makan langsung.nanti silap2 korang pitam pulak.seriusly ade remaja yang tak nak makan konon2 dengan cara tak makan akan kurus secara mendadak~uuuuu dari mana korang dapat ilmu tuh..


Memandangkan korang nak kurus jugak cik kopi turunkanlah ilmu tak seberapa nie untuk dishare dengan korang~



*Korang kene rajin bersenam ~pergi jogging ker,skipping pergi main badminton,tenis ker...paling mudah korang buat keje rumah haaa senang dua dalam satu lagi tu. Contoh, korang p mop lantai, turun tangga ulang alik~at least keluar jugak peluh masam tu..dan bukannye duduk tergolek depan tv dengan tangan memegang keropok lekoq 

*Elakkan makanan segera dan berminyak, makan yang kukus jer..kurangkan garam n gula.(dah macam makanan hospital)~nasi jangan skip~mesti makan..nasi nielah yang membekalkan tenaga untuk kita kalo tak pun makanan bergandum cam quaker-oat ker tapi janganlah makan macam esok dah tak boleh makan..haa kawal permakanan tuh~memang perit nak kurus kan~

*Jangan skip breakfast. Ramai orang suke skip breakfast gara2 malas,lambat bangun dan ini menyebabkan anda akan makan lunch dengan tahap yang tak sedar diri..tahu tak breakfast nie lah yang bagi tenaga kita di waktu pagi. Kalo tak sempat sangat amik minuman bersusu cam milo,horlick,ovaltine n lain2..tak pun makan biskut.tak payah amik sarapan berat sangat nanti takut terlelap dalam kelas..haa

*Jangan makan lewat malam especially lepas 1 pagi!..Bagilah chance pada perut kita untuk hadam dan rehat.kalo lapar sangat amik buah-buahan. Sebab tulah dalam kul 6- 8 tuh korang should biasakan diri dah makan.




*Banyakkan makan sayur- sayuran dan buah-buahan. Cik kopi percaya ramai yang tak suka makan sayur kan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ni ade banyak khasiatnyer.sebab tulah mak kita suke pakse kita makan sayur masa kecil-kecil dulu

*Jangan biasakan diri dengan makan dan diselangi air. Nanti buncit tahu~nanti korang kene gemuk air baru tahu.Tahukah anda gemuk air nie susah nak kurus. Biarlah pedas camne pun bila habis makan barulah korang minum air. Janganlah pulak minum air sampai kembung perut

*Pastu banyak minum air masa sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kalo tak boleh 6 gelas sehari.habis air manis??Bolehhhh.....tapi kurangkan..gi bagus elakkan yer ahhehe



*Haa ade setengah orang dah makan pastu muntah balik. Konon2 dah rasa takat tekak n dan layan nafsu lapar tu cukuplah..korang sangat tak digalakkan buat cam tu kerana perbuatan korang akan merosakkan usus perut tuh. Jangan buat taw..nak kurus banyak lagi jalan lain.

*Tapi ade produk kesihatan~produk nak kuruskan badan (ubat kurus),nak sihatkan badan~ohh itu terpulang pada kemampuan korang nak beli..tapi make sure produk nie betul2 legal n halal dimakan.Bukan ape ade jer produk2 menipu yang semakin banyak sekarang nie. tapi korang jangan bergantung pada produk sangat, kalo tak exercise,makan tak kawal pon tak guna jugak amik ubat2 cam tu lagi satu. Katelah korang dah berhenti makan produk tersebut, mesti ade side effect tak banyak pun mesti ada~percayalah. Cik kopi pernah rase.

ada jugak yang makan ubat kurus sehingga membawa kepada maut.korang nak jugak ker?
*Paling mudah jumpa dengan pakar nutrien and diet~berbincang dengan doktor supaya doktor boleh suggestkan diet yang berkesan untuk anda.Bukannyer diet hentam keromo jaa..semoga nutrien dapat membantu anda untuk berdiet dengan sihat

*Tido mesti cukup~supaya kita kekal sihat dan sentiasa bersemangat nak memulakan hari untuk kurus.

semua tips2 nie tak guna jugak kalo takde semangat kuat untuk kurus...

ps:kalo ade pakwe/ makwe reject anda sebab malu dengan tubuh badan anda ..tinggalkan jer sebab dia tak boleh terima siapa sebenarnya anda. be confident with urself. Diet bukan sahaja utk kurus tapi nak sihat.

OK,THANKS

bahagia dengan apa yang dimiliki~syukurilah


6 comments:

  1. Tubuh badan yang sihat untuk ibadah kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. bahaya pil2 kurus nih. yg penting, kena control mkn. kalo amek herbalife skali pun, diorang pun dah bagi portion mkn pg mcm mana, mkn lunch mcm mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. that rite.kalo tak control nafsu makan yang tahap tak ingat tu,amik beribu ubat kuus pun takkn kurus.better kurus dgn cara sihat..cam bersenam n jaga makan..ubat kurus nie bukan ape takut bg effect dlm jangka pjg..

      Delete
  3. Berapa kali kita boleh makan untuk sehari 2 kali atau tak langsung bagi yang berdeit?bersenam berapa kali yang kita boleh lakukan untuk sehari bagi para pelajar?

    ReplyDelete
  4. Berapa kali kita boleh makan untuk sehari 2 kali atau tak langsung bagi yang berdeit?bersenam berapa kali yang kita boleh lakukan untuk sehari bagi para pelajar?

    ReplyDelete