Friday, January 25, 2013

Popular dan alkisahnya

Assalamualaikum,

Masa cik kopi muda belia kanak2 libena, Cik kopi adelah terberangan nak jadi artis`kononnyer mendiva macam Datuk Siti Nurhalija..yelah jadi artis sape tak mau? Fofular, peminta berjuta-juta orange,kaya raya silap2 boleh dapat lelaki kayo~opss tapi cik kopi nie sodar sape cik kopi nie, suara dah lah macam burung terkuak, rupe pulak biasa-biasa,pemalunyer jangan cakap~so impian tinggal impian~setakat nyanyi dalam bilik air tu bolehlah nak menghiburkan hati lare nie.~Ewahhh
Kawan cik kopi ade cakap "artis dulu susah~nak makan pon duit cukup-cukup jer.Nak jadi artis kene pergi ujibakat syarikat rakaman. Kalo terpilih dapat keluarkan album, kalo laku bolehlah keluarkan lagi"~lebih kurang macam tu lah itu yang kenalan cik kopi cakap. Kalo ada pertandingan nyanyian yang femes time tuh adalah Bintang RTM, Sinaran Passport.tapi pertndingan tu pun takdelah terlalu berdrama sangat.
lepas tu dah masuk zaman canggih sikit~ade pulak rancangan realiti tb yang memaparkan kehidupan seharian peserta-peserta.peserta bergaduh, menangis dan segala tingkah laku dipaparkan bagi meraih undi simpati.Rancangan realiti tb nie banyak kontrobersi. Yelah dah lah dipaparkan secara realiti tiada edit. Kadang2 dorang sengaja jer create drama nak suruh voters undi.Semakin hari semakin banyak pulak tuh Contohnyer macam Akademi Fantasia, Malaysian Idol,One in A Million,Mentor dan macam-macam lagi.tak silap cik kopi,Paling latest rancangan realiti nie tv kalo tak silap cik kopi bintang mencari bintang. Masa cik kopi darjah 6 Akedemi Fantasia yang paling fofular. Kiri kanan orang dok menyebut. Yang mak cik2 tercongok depan televisyen kesat air mata ketika proses penyingkiran, yang budak2 perempuan especiallynyer berebut bintang AF yang mane hensem siap tampal kat almari lagi. Yang lelaki hurm~baca surat kabar lagi bagus. Bintang yang dilahirkan pun tak semenggah mana. Yang terkenal cumalah Hafiz,Aizat Stacy,Akim dan beberape lagi lah yang lain tenggalam timbul tenggelam langsung tak timbul2. Mawi~dah tinggal musim banjir je lah..
Hasil lambakan rancangan realiti tb nie lah berduyung-duyung malaysian people p try audition. yang tak habis sekolah lagi pon sibuk nak beraudition.kalo dulu parent menghalang tapi sekarang agak open sikit~ala kalo tak bagi pun dorang still nak join audition jugak kan. Budak-budak kecil pon digalakkan untuk join contest macam Idola kecil ,Bintang Kecil lah.Bukanlah cik kopi tak suka tapi kesian kat dorang kecil-kecil dah harungi zaman orang dewasa,no time for play do anyhing else macam budak kecil lain. Kalo dorang pandai bahagikan masa takpe,nie ade yang tak pandai sanggup and tak nak sambung pelajaran semata-mata nak kejar dunia glamour.
Lepas zaman realiti tb nie berlalu sebab sangat susah nak lepas masuk tb. So disebabkan zaman terlalu canggih,budak2 budak sekarang buat video n upload dalam youtube adalah jalan mudah untuk popular.Korang upload video korang kutuk someone or something isu kontroversi or parodi someone~ ,boom.terus meletup sampai jadi viral on internet.Itu belum lagi video lagu cover,vlogger yang berlambak on internet. Matluthfi90,Anuar hadi,Mentol Pecah , Maghia Elena antara Vlogger sensasi utube. Satu malaysia kenal dorang. Benghali kapet kat rumah cik kopi pun kenal(ok,tipu) hebatkan,upload video nyanyi lagu dalam kereta pon boleh popular.Najwa Latif,Tasha Manshahar,Ainan Tasneem, even Yuna antara bintang yang lahir dari utube.Hebakkan kuasa internet sekarang.
Itu belum lagi dengan kontrobersi murahan. Sekarang ramai budak-budak yakni masih muda setahun jagung sibuk mencipta kontrobersi murahan untuk popular.Dengan cakap something yang tak elok,in few second boom satu malaysia kenal korang through twitter dan fb..kalo korang popular disebabkan lakukan bende yang baik contoh video memberi kucing makan ker,membantu orang tua melintas ker itu takpe.Instead of nak vogel depan pavi if malaysia menang or whatsoever~haih memalukan diri sendiri.tulah nak cepat popular sangat kadang2 tak sedar dah memalukan diri sendiri.Cik kopi gelak jer tengok orang perangai camni.tulah cikgu mengajar dalam kelas p tido,kan dah bengap siape yang susah.
Tak salah jadi popular.Jadi popularlah senang nak pengaruh orang utk ke arah kebaikan seperti yang dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Don,Mat luthfi, Ustazah Bahyah.Dorang nie antara orang popular yang menggunakan status dan medium tersendiri dalam menyebarkan dakwah.Bagi cik kopi lah,walaupun life orang popular kelihatan indah tapi sebenarnya life orang popular nie sangat boring sebab privasi dalam kehidupan dah kurang dan segala tingkah laku percakapan dorang yang negatif akan beri kesan pada kat dorang.so korang nak popular jugak?

Biar tidak popular dalam kalangan manusia asalkan popular di hati Allah~ehh memandai jer cik kopi create this.

thanks sudi baca :)

Tiada kaitan ~saje letak sebab comel dan weird


Sunday, January 20, 2013

Anda nak kurus~

Assalamualaikum

Anda semua mahu kurus?mahu kurus seperti model2 terkenal?yang kurus mahu kurus lagi?(ehh silap belog ker?----nie bukan iklan ubat kurus tahu)stop2.berhenti merepek sebelum kena lempang nanti.
                             
Cik adik mahu kurus? cik kakak pun mahu kurus?mak cik pon nak jugak?bhaiyaa karpet pun mahu juga???(*pinggsaaan).sila serius cik kopi-okeylah semua perempuan nak kurus bukan?sape tak nak kurus?angkat tangan?haa tipuuu mesti korang nak jugak turun beberape kilogram jugak kan.well normal lah kalo semua nak kurus bukan? Nie semua salah iklan tb yang banyak paparkan model kurus itu sangat cantik.well cantik itu subjektif tahu~orang gemuk pun comel ape?

Cik Kopi bukan ape. Cik Kopi nak tegur perempuan yang sedia kurus nie.dahlah kurus nak kurus lagi..nak berdiet lagi..nak pakai felina inch loss..ehhh..laa sudah2lah tuh..kalo anda kurus sangat nanti macam jerangkung.burok ok.kalo kurus sedang2 oklah..anda mahu macam nie.?

buat hiasan jer gambar nie
Nak?Nak?Nak??/ Apelah cantik sangat kurus kering macam nie ,pastu dapat pakej free kurus berpenyakit~osteroporosis n silap2 boleh tidur untuk selama-lamanya 


Bagi yang gemuk nak kurus pon ade cara jugak bukan main bedal jer. Contoh, kalo pagi tu anda senaman nak setengah mati. Lepas senaman terus bedal nasi lemak 3 bungkus kaw2~halamak sia2 lah cik nong oi.bukan tak boleh makan tapi kena kawal makan tu.jangan tak makan langsung.nanti silap2 korang pitam pulak.seriusly ade remaja yang tak nak makan konon2 dengan cara tak makan akan kurus secara mendadak~uuuuu dari mana korang dapat ilmu tuh..


Memandangkan korang nak kurus jugak cik kopi turunkanlah ilmu tak seberapa nie untuk dishare dengan korang~



*Korang kene rajin bersenam ~pergi jogging ker,skipping pergi main badminton,tenis ker...paling mudah korang buat keje rumah haaa senang dua dalam satu lagi tu. Contoh, korang p mop lantai, turun tangga ulang alik~at least keluar jugak peluh masam tu..dan bukannye duduk tergolek depan tv dengan tangan memegang keropok lekoq 

*Elakkan makanan segera dan berminyak, makan yang kukus jer..kurangkan garam n gula.(dah macam makanan hospital)~nasi jangan skip~mesti makan..nasi nielah yang membekalkan tenaga untuk kita kalo tak pun makanan bergandum cam quaker-oat ker tapi janganlah makan macam esok dah tak boleh makan..haa kawal permakanan tuh~memang perit nak kurus kan~

*Jangan skip breakfast. Ramai orang suke skip breakfast gara2 malas,lambat bangun dan ini menyebabkan anda akan makan lunch dengan tahap yang tak sedar diri..tahu tak breakfast nie lah yang bagi tenaga kita di waktu pagi. Kalo tak sempat sangat amik minuman bersusu cam milo,horlick,ovaltine n lain2..tak pun makan biskut.tak payah amik sarapan berat sangat nanti takut terlelap dalam kelas..haa

*Jangan makan lewat malam especially lepas 1 pagi!..Bagilah chance pada perut kita untuk hadam dan rehat.kalo lapar sangat amik buah-buahan. Sebab tulah dalam kul 6- 8 tuh korang should biasakan diri dah makan.




*Banyakkan makan sayur- sayuran dan buah-buahan. Cik kopi percaya ramai yang tak suka makan sayur kan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ni ade banyak khasiatnyer.sebab tulah mak kita suke pakse kita makan sayur masa kecil-kecil dulu

*Jangan biasakan diri dengan makan dan diselangi air. Nanti buncit tahu~nanti korang kene gemuk air baru tahu.Tahukah anda gemuk air nie susah nak kurus. Biarlah pedas camne pun bila habis makan barulah korang minum air. Janganlah pulak minum air sampai kembung perut

*Pastu banyak minum air masa sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kalo tak boleh 6 gelas sehari.habis air manis??Bolehhhh.....tapi kurangkan..gi bagus elakkan yer ahhehe



*Haa ade setengah orang dah makan pastu muntah balik. Konon2 dah rasa takat tekak n dan layan nafsu lapar tu cukuplah..korang sangat tak digalakkan buat cam tu kerana perbuatan korang akan merosakkan usus perut tuh. Jangan buat taw..nak kurus banyak lagi jalan lain.

*Tapi ade produk kesihatan~produk nak kuruskan badan (ubat kurus),nak sihatkan badan~ohh itu terpulang pada kemampuan korang nak beli..tapi make sure produk nie betul2 legal n halal dimakan.Bukan ape ade jer produk2 menipu yang semakin banyak sekarang nie. tapi korang jangan bergantung pada produk sangat, kalo tak exercise,makan tak kawal pon tak guna jugak amik ubat2 cam tu lagi satu. Katelah korang dah berhenti makan produk tersebut, mesti ade side effect tak banyak pun mesti ada~percayalah. Cik kopi pernah rase.

ada jugak yang makan ubat kurus sehingga membawa kepada maut.korang nak jugak ker?
*Paling mudah jumpa dengan pakar nutrien and diet~berbincang dengan doktor supaya doktor boleh suggestkan diet yang berkesan untuk anda.Bukannyer diet hentam keromo jaa..semoga nutrien dapat membantu anda untuk berdiet dengan sihat

*Tido mesti cukup~supaya kita kekal sihat dan sentiasa bersemangat nak memulakan hari untuk kurus.

semua tips2 nie tak guna jugak kalo takde semangat kuat untuk kurus...

ps:kalo ade pakwe/ makwe reject anda sebab malu dengan tubuh badan anda ..tinggalkan jer sebab dia tak boleh terima siapa sebenarnya anda. be confident with urself. Diet bukan sahaja utk kurus tapi nak sihat.

OK,THANKS

bahagia dengan apa yang dimiliki~syukurilah


Thursday, January 17, 2013

Kenangan : Telefon

Assalamualaikum

Sambil makan popcorn yang tinggal separuh tu..meh kita imbas balik kenangan masa kita tecik2  kecik2 dulu. Masa tuh cik kopi baru umur 9 tahun and masih innocent lagi ketika itu serta mempunyai daya ingin tahu yang sangat tinggi...Masa tu kire zaman femes dengan telefon bimbit yang ringan lagi mudah dibawa kemana sahaja~before that korang mesti ingat telefon bimbit kotak bersegi empat yang sangat berat.


lebih kurang camnielah rope tepon lame ayah

Ayah cik kopi baru beli~konon nyer nak ikut trendlah~telefon tuh pun agak murah jugak dalam rm200 something..tapi sekarang rasenyer rm 80 dah dapat kot tepon nie..so cik kopi selalu duk peghati phone nie,tapi cik kopi tak berani usik sebab ayah cik kopi agak garang ketika itu and cik kopi pon takdelah pandai pakai tepon tuh.yang cik kopi tahu butang hijau untuk angkat telefon and butang merah untuk tutup telefon..
telefon baru ayah time tuh 

ooohoooi cik kopi duk zaman bile nie telephone pon tak pandai pakai.

Disebabkan rase ingin tahu yang terlalu-lalu dalam akan phone baru tuh..di suatu malam yang hening..ketika semua insan di dalam rumah sudah tidur diulit mimpi nan indah, cik kopi dengan pantas p amik telefon tuh n mula selongkar isi kandungannyer.walaupun tak berape paham sangat sebab phone tu dalam bahasa omputih,cik opi pon main tekan2lah.cik kopi buat senyap2 konon tak nak bagiayah cik kopi tahu,maklumlah ayah cik kopi agak garang jugak~so ketike seronok2 duk tekan telefon tuh sekali phone tuh terpadam~gelap~kosong~mati..

Alamak~habislah cik kopi..habislah..camne nie. Nak kejut ayah nanti kene marah free sebab malam2 bute tak tido lagi..adik beradik lain semua syok tido..adoi~cik kopi tulah xde keje cari keje,takde pasal cari nahas..Mcm mane ah cik kopi nak buat bagi idupkan semula.dengan otak yang geliga kononnya, cik kopi pergi cas telefon tuh kononnyer telefon tuh mati bateri..tapi still telefon tuh tak hidup jugak.camne nie..camne nie..puas cik kopi godek bagi nak idupkan~rase nak mengalah jer sebab tak mahu idup.

Tapi dengan semangat juang kamikaze, cik kopi tekan setiap butang yang terdapat pada phone tuh, ntah macam mane telefon tuh hidup balik. Rupenyernye nak hidupkan balik kene tekan butang merah tuh lame sikit. Lepas tuh dengan pantasnyer cik kopi letakkan phone tu di tempat asal dan berdoa yang ayah tak perasan ape2 pasal phone dia tuh..keesokan harinyer...

"nie sape pulak yang ubah setting tarikh phone nie..habis terabur kandungannya phone nie..pelik..pelik"

cik kopi *facepalm disitu

sekarang budak umur 4 tahun lagi pandai main smartphong~hebakkan

Tuesday, January 15, 2013

Listen,listen,listen,listen,listen

warta kopi itu memang manis

Assalamualaikum,

Kembali lagi dalam segmen warta kopi itu memang manis.Minggu nie perkataan listen,listen,listen dah jadi trending kat tweeterr.~hebakkan..nie semua gara-gara kecoh kat you tube pasal seorang perempuan berpangkat tinggi,(Cik pah -->malas nak tulis nama panjang) yang memalukan seorang mahasiswa india(Bawani) yang menanyakan soalan dalam satu forum mahasiswa di UUM. Cer korang layan sat bideo yang menyebabkan Cik Pah pah nie fofular dalam sekelip mata~siap ade parodi lagi sejurus bende nie jadi viral on internet kelash ko Cik Pah oi



Cane dasyat tak?.Sampai dia kaitkan dengan binatang and seriously tak relevan langsung jawapan yang diberikan...haa nie yang cik kopi angin nie,kalo yer pun anda tak bersetuju dengan pertanyaan tersebut tak perlulah nak memalukan mahasiswa india tersebut. Perlu ker sebut listen tuh banyak kali. (Ntah berapa kali pun cik kopi tak pasti) Walaupun cik kopi tak ler fasih bab englishh nie tapi cik kopi tahulah listen itu ape n tak perlulah diulang macam kiteorang nie tak tahu ape2. Cik kopi tahu Cik Pah lebih berpengalaman,lebih banyak makan garam,tapi apa hak Cik Pah nie nak buat camni sampai rampas mic dan tak kasi mahasiswa tersebut bercakap biarpun sudah meminta kebenaran. Sebagai seorang yang terlebih garam sepatutnyer Cik Pah lebih bijak tangani soalan provokasi macam nie. Nielah gunanya pelajaran.(orang yang makan garam memang macam nie yer?)



Kalo macam ini lah yang dipertontonkan dalam bideo tersebut serupa orang yang takde pelajaran, main lepas cakap jer tanpa peduli orang yang dikatakan tuh. Well Cik Pah cakap pasal hormat~yes memang betul point yang Cik Pah cakap tuh~kene hormat orang yang lebih tua,lebih atas..~itu memang dah diterapkan dalam budaya kita but Cik Pah harus ingat jugak kita jugak perlu hormat manusia lain biarpun dia lebih rendah pangkatnya,muda usianya. Kata2 Cik Pah tu langsung tak mencerminkan apa yang Cik Pah lakukan. Cik Pah cakap tak mahasiswa tersebut tak menghormati orang lain dan tak berpendidikan sedangkan Cik Pah turut melakukan perkara sama dengan tidak membenarkan mahasiswa tersbut menghabiskan soalan serta menjatuhkan maruahnya.
haih
Tindakan Cik Pah tersebut langsung tidak profesional dan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang presiden..Presiden persatuan wanita tuh..Tindakan Cik Pah ini telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan mahasiswa tak kira lah dorang nie berbeza ideologi.Ye lah mana taknyer perbuatan Cik Pah nie dah menyekat kebebasan bersuara mahasiswa. Mungkin mahasiswa india tersebut ada salahnya tapi biasalah darah muda tentulah teruja untuk memperjuang nasib mahasiswa lain. Sebagai seorang yang lebih berpengalaman, Cik Pah nie patutnya lebih profesional menangani soalan tersebut. Bukan itu namanya forum?. 
haihhh
Lagi satu Cik kopi nak tegur sikap student di situ yang ikut jer rentak Cik Pah nie~sokong jer perkara yang berlaku.Memalukan dengan sikap student seperti itu. Dorang tak perasan ke yang rakan dorang telah dimalukan? Tapi bideo tersebut jugak jelas membuktikan ade jugak manusia yang sanggup ikut rentak orang lain tanpa menyoal perkara tersebut. Mungkin mereka tak berani kot nak tegakkan kawan mereka~Mungkin
haihhhhhh
ps : budak UM cabar Cik Pah datang ke UM,~berforum..tengok sape yang kena bash~ade bran tak Cik Pah oii 


Cik Kopi yakin sesetengah  seluruh mahasiswa tengah sentap dengan Cik Pah nie. Kita akhiri "warta kopi itu memang manis" ini dengan lagu khas dari Mr Bie..

sekian  terima kasih


Everyone have their right to speak~just use the right channel 
*Hak bersuara hak kami*

Senyum :)

Assalamualaikum  :)




Mulakan hari anda dengan senyuman..Kerana senyum di pagi hari boleh murah rezeki~taw..lagipon  tak best lah awal- awal pagi tak senyum..senyuman tak perlu yang cantik or kaya jer boleh senyum tahu..semua orang boleh senyum~senyum nie free bglah kat sape2

comel tak? comel tak?
well cheq heran kenapelah org sekarang nie susah sangat nak senyum..awat~ mahal sangat kaa..ehh entahlah maybe dorang tak tahu cara nak senyum..nie tak asal jumpe jer muke ketat beratus..ohh bikin tension cik kak oi..kalo tak tegur pun takpe janji kita senyum~ at least kita bg respon..nnti xdelah org kate kite nie berlagak..

senyum juga dapat melegakan stress yang kita hadapi malah membantu mengurangkan stress orang lain(ehh kenapa ayat ala jurulatih senaman nie)~tapi jangan senyum kita itu memberi makna negatif pada orang lain~nanti bertambah stress jadinya..

lagipun Allah suke dengan orang yang suke senyum nie
senyum merupakan sedekah yang paling mudah kita boleh beri~tengok mudahnya nak kutip pahala..
so adik-adik,kakak-kakak,abang- abang and mak cik pok cik~
rajin2lah senyum~ janganlah awal pagi dah ketat muke tuh..

tengok hewan pon pandai senyum`apetah lagi kita manusia yang sempurna nie :)
tak rugi pon kite senyum dengan orang

ok,bye!

p/s: jgn pulak 24 jam senyum bimbang anda dicop giler.

Sunday, January 13, 2013

"Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX".

Assalamualaikum

Haa jangan terkejut pular tetiba ade dinosour blog cik kopi ni..(kalo sakit jantung dinasihatkan tutup yer~cik kopi takmo menanggung risiko(adeh2 tak habis2 merepek kan).sebenarnya cik kopi join satu segmen blogwalking oleh encik trex. saje jer join mane tahu bleh tambah kenalan blogger lagi almaklumlah cik kopi masih baru setahun jagung~puihh umo dah besar still kate setahun jahun jagung..~tak maksud cik kopi belog nie masih baru lagi.

siap taruh banner besar2 lagi.
so sebab tulah cik kopi try join..so ape lagi jom terjahh belog encik trex nie.

ps:setakat nie tak pernah lagi muntah berblogwalking.

ok bye!

Main tekan

Assalamualaikum,



korang pernah dapat email spam dari rakan-rakan korang especially dalam fb. Misalnya- jum tgk video xxx lah,cara nak buat duit cepat lah,autolike topup free and macam-macam lagi.well macam mane bleh tersebarnya link spam nie~hangkat angkat tangan sape yang tahu?



ohh sebenarnya link nie sangat mudah disebarkan apabila anda menekan,tertekan, sengaja tekan,ditekan link tersebut. so secara automatiknya link tersebut akan merebak ke wall post di profile dan wall group.Cik kopi sangat pelik meskipun diingatkan banyak kali jangan tekan sebarangan link bimbang kene virus, masih ade lagi yang terkena virus/spam ini..weh spam  and virus merbahaya tau mampu losakkan laptop
.

satu jer lah yang membuat orang tertarik nak tekan sebab link nie konon2nyer menjanjikan bende free~well sape tak nak bende free kan..tapi pikir logiklah.. nak masuk tandas pun kena bayar.. nie kan pulak bende free tanpa memerlukan kita buat ape selain klik link tuh..topup free sapelah yg hartawan sgt nak bagi korang camtu jer..orang yg buat spam nie pun bijak~just tulis ayat2 mcm tuh mesti ramai orang klik..yelah mane r taw bertuah dapat bende camni



itu belum lagi link yang menjanjikan autolike~waaa shame on you..kemon lahh takkan kemaruk sangat populariti kot sampai kena paksa guna autolike.well bagi cik kopi penggunaan autolike sangat tak relevan semata2 nak menunjukkan anda popular~ ramai yang like dan ikuti perkembangan anda. kalo setakat pengelike beribu riban at the end of way anda still forever alone baik tak payah well kalo korang nak jugak guna autolike nie terpulanglah ~hak masing2 semua dah besar kan.

lagipun FB korangkan.tapi korang tahu tak penggunaan application macam tuh menyebabkan banyak butiran pribadi di facebook lebih terdedah dan boleh disalah gunakan.lepas tuh jangan bisinglah korang dihack lah maklumat dicuri or  ape2 lagi sebab korang sendiri yang  menyebabkan maklumat korang senang diakses secara sedar atau tak sedar melalui link2 tersebut. 

lagi satu kesan spam nie bukan ke atas korang jugak malah ke atas pengguna internet yang lain.ye lahh korang bantu penyebaran spam ini dengan lebih meluas.dengan sekali klik email spam tersebut akan mengakses link -link yang berkaitan dengan korang.Individu lain yg terklik link spam korang tu pun akan menerima nasib yang sama.dan ini menyebabkan link spam nie tersebar semakin meluas.

lagi satu kesian kat pengguna fb yang menerima banyak betul notification spam n terpaksa clearkan (termasuklah cik kopi)~kesiankesian.Oleh itu pikirlah nasib kengkawan korang yang terpaksa terima nasib akibat spam yang korang klik tuh.



haa dulu ade spam pasal video lucah yang dipost di bawah profile kita tanpa kita sedari..haa nak tahu ape sebabnyer..sikap ingin tahu manusia yang sangat tnggi menyebabkan manusia suke klik sebarang link tanpa mengetahui kesannya..sudahnya imej anda tercemar sebab post bende2 macam tu..haa sape salah?

pesanan dari jabatan link2 sedunia :jangan sebarang klik hati2 .pikir dulu sebelum klik ,jangan main tekan jer.kalo korang klik jugak link cam nie ternyata korang lebih dungu dari keldai.korang tanggunglah sendiri akibatnyer.


ps: bosan dapat notification spam


ok,bye


pikir dulu sebelum bertindak jangan bertindak dulu baru berpikir

Movie review : The Tower

Assalamualaikum, 


Seperti yang dijanjikan hari nie cik kopi nak buat review citer the tower yang cik kopi sempat tgk di midvalley khamis lepas.cik kopi nie takdelah pandai sangat nak review mereview nie tapi sebelum tu terimalah sinopsis cerite ini nak bagi korang semua faham.


cerite ini mengisahkan kejadian sebuah menara yang sangat terkenal di korea yang diberi nama Tower sky. Tower sky ini kiranya menjadi kebanggaan rakyat korea.sebab nie yang paling tinggi kat situ. kejadian dimulakan dengan  watak  Lee Dai Ho (Kim sang Kyung)seorang bapa tunggal dan ketua keselamatan Sky Tower  ingin menyediakan kejutan buat si anak perempuannya HaNa yang kemudiannya datang ke Sky Tower.Dai ho nie sukakan  Seo Yoon Hee (Son Ye Jin) salah seorang pengurus di Sky Tower dan meninggalkan HaNa di bawah jagaan Yoon Hee. Pada petang hari sambutan krismas tuh, dai ho telah kesan sesuatu yang tidak kena apabila sistem perenjis air tidak berfungsi akibat terjadinya satu kebakaran kecil di dapur.Lepas tuh beliau pergi mengadu pada pengurus tapi tak begtu dipedulikan sebab sibuk membuat persiapan sambutan krismas. terjadi satu peristiwa kebakaran di tingkat 69 apabila helikopter yang membuat pertunjukan tidak berfungsi lalu merempuh menara berkenaan. Api semakin marak dan ramai orang berpusu-pusu nak selamatkan diri masing.Kapten kang(sol kyung gu) dan anak- anak buahnya ditugaskan memadamkan api di menara berkenaan Sampai di satu peringkat setelah api bejaya dipadamkan,menar ini tak stabil dan condong ke menara berkembar nya oleh itu mereka ambil keputusan untuk runtuhkan biarpun ade manusia masih terperangkap.saksikan kesudahan cerite ni.siapa yang selamat dan siapa pula yang meninggal dunia

walau muke tak hensem tp his is the one of my febret karekter dalam cerite nie
*jalan cerite lebih kurang macam
*cerite nie best  sebab ade banyak nilai yang boleh kita ajar ,first sebab duit dan kekayaan manusia sanggup mengabaikan nyawa orang lain~patutnya tokeh menara nie dengan ketua komisener bomba nie mati sekali baru adil
manusia lari menyelamatkan diri.
tokeh nie yang patut mati`(geramnyer sembil hempuk2 bantal)
*citer nie ade jugak lawak walaupun nak menghampiri kematian. Part yang paling kelakar apabila sekumpulan manusia yang terperangkap di satu aras dan mereka duduk dalam kolam sambil berdoa memohon malaikat datang selamatkan mereka.
*cerite nie nak tunjukkan apabila manusia susah dan berada dekat dengan kematian barulah mereka mengingati tuhan
*yg x logik sgt ade ke kren yang mampu sampai ke tingkat 19.
*rekaan menara Sky tower lebih kurang mcm klcc.ohh rase kecut perut pulak nak naik klcc lepas nie
*special efffect yang agak menarik terutamanya part terbakar dalam lift tuh perghh trauma cik kopi tengok dibakar hidup2.
*waktu firefighter  kapten kang yg paling menonjol sekali berbanding watak dai Ho.respect kapten kang sebab sanggup korbankan diri.(Oppss terbocor pulak) cerite nie bagus jugak  sebab di samping tunjukkan sikap manusia yang tamak ada jugak manusia yang masih berhati mulia.kite boleh tengok part yang ibu mengandung tolong bukak pintu lift.
*hebat perempuan mengandung nie~sebab kandungan die still tak ape2 walaupun dah jatuh banyak kali.

supermommy~
*bile tengok bomba padamkan api teringat pulak pengalam latihan bersama bomba dulu.Quite tough sebab tekanan air sangat tinggi pada host tu.


Amboi panjang pulak review hang yer cik kopi..dah tak yah nak review panjang2.kalo hang pandai sangat bab pilem p buat satu dan kasi tayang dan kite tengok yer camne ropenyer.baru hang taw susah ke idok buat pilem nie.(nie sentap sangat nie ape hal?)


ps: pirst time tengok cerite korea kat wayang. Berbaloi untuk ditengok :) ~4 bintang

ok,bye!


manusia sekarang makin suka bermegah2 dengan menara tinggi~agaknya ini petnada  petanda kiamat kecil? Astaghfirullah~

Friday, January 11, 2013

sepetang di Midvalley

Assalamualaikum :)

Ewah2 cik kopi exam belum habis lagi.. dah boleh berpetang-petang di MidValley yer? Dah r tak ajak=='(bagitaw mak).Ala plan nie pon sebenarnye jadi last2 minute.Mule- mule tak nak pergi tapi akibat bimbang dilanda penyakit ketensionan melampau cik kopi pon decide lah keluar jugak..Kali nie cik keluar berempat dengan smarties besties cik kopi~Cik Ida bollywood,achik putih berseri n adele someone like you(ape ke pelik cik kopi letak nama dorang nie.

tudung ungu tu muke mintak penampar heee
Ape yang kami buat di Mid Valley?~ala macam biasa girl things..buat window shopping. Pompuan x sah kalo tak buat mende nie...nak beli poket makin nipis~lagi satu cik kopi keluar nak beli stok makanan yang nak dekat habis..biasalah budak u macam cik kopi asyik lapar jer..so kena simpan makanan banyak-banyak. kami decide nak tengok wayang..kekonon nak tgk cerita yang ringan n simple sekali pilih punye pilih kiteorang tengok cerita korea. Cerite berat dan sedih dan kelakar..Cerita ape? nanti cik kopi hupdate yer..~sabar ye anak2..(heee)

Hokay memandangkan wayang start kul 4.30 ptg..so hari pun still awal, kiteorang pon jalan2 kat mid..nak beli barang pon kat sini agak mahal~so tengok2 jer lah.Tetibe...cik kopi terpandang something..kedai 5 inggit.. baru bukak...nama kedai nie DAISO~dari jepun..omai~omai..ohh seronok tgk barang harge 5 inggit jer.Ok.ok..cik kopi tenangkan diri~ tarik napas hembus..tarik hembuss `kawal nafsu tuh jimat2.



so kiteorang tengok2 lah ape yang ade kat kedai tuh..kedai nie jual semua barangan yang bernama daiso~ade macam2 peralatan dapur, games, tupperware,hardware and bermacam2 ware lagi lah.even peralatan menanam pun ada taw..datang special dari japan n harga only 5 inggit.kat sini ade barang yang kiut2 n comel..akhirnya cik kopi beli nie..(tertewas bile tgk mende2 cam ni dgn harge 5 inggit..kat luar tak boleh dapat kot..~arghh alasan jer tuh) 

semuanya jenama daiso come from japan only 



comelkan~comelkan
kalo tak silap cik kopi Daiso nie ade banyak jugak cawangan kat malaysia and serata dunia.paling terbaru dekat Midvalley and bakal dibuka di Ipoh Perak..pandai org Japang nie meniaga..hee jum tgk gelagat beberape pelancong dari Jawa barat Indonesia nie..haaa

bajet gadis jepun=='

macam x pernah nampak topi 


akhirnya nafsu beli menang~barang yang cik kopi beli dari Daiso~leps nie boleh buat nota warna warni




pastu cik kopi masuk pulak kedai pet..ohmai comel and kecik2 nyer pet2 kat sini..tapi kat sini tak boleh amik gambar..sebab nanti boleh ganggu tumbesaran pets kat sini.kedai nie ade jual hamster,tikus putih,rabbit cat,turtoise,feret,pish birds (serius fail BI~tulah masa dalam kelas omputih tidur).




wokai lps tuh cik kopi and girlspren yang comel2 nie pon masuk wayang~awal..sbb cik kopi dah penat berjalan..tetibe pulak salah masuk dewan. masuk2 jer  keluar suara kuat~wayang kat dewan tuh tengah main..huh berdeghau darah...nasib baik tak pingsann..okeyh2 keluar balik keluar balik.

dalam wayang pon sempat lagi snap gambar

selesai tonton~cik kopi x boleh amik gambar~mata bengkak sikit akibat masuk habuk*tipu~
datin2 wannabe

yang ini gedik wanna be~sila cepuk
kekonon ayu tapi nampak keselekehan di situ
Wayang habis kul 6.30 so p solat sat pastu baru sambung jalan2 balik.cik kopi p carrefour nak p beli bende makanan.sebondongan plastik berjaya dibeli(ehh usah bersastera di sini yer..) pastu balik kolej..what a day.~girlprenku sekalian~lain kali kita jalan lagi nak..

sapelah yang kehilangan anak kat midvalley nie =='

okbye,

cik kopi lepas nie sila study balik~