Friday, March 1, 2013

lahad datu :1 mac 2013

Assalamualaikum,

Ohh cik kopi panik seketika bila dengar lahad datu diserang oleh mereka yang tak berganjak dari sini.cik kopi risau. bagaimana nasib mereka di sana kelak. cik kopi yakin tentera kita pasti mampu menanganinya.buat masa sekarang nie keadaan masih darurat di kampung. Tanduo,Lahad Datu. pasukan keselamatan kita seramai dua orang telah terkorban akibat serangan mortar.tentera penceroboh pula dengar khabarnya 10 orang telah terkorban.namun sehingga ke saat cik kopi taip masih tiada berita rasmi.Apa2 pun cik kopi harap segalanya berakhir dengan cepat dan selamat.


antara twitter yang sempat cik kopi amik


"Al-Fatihah buat perajurit kita yang terkorban dalam serangan di lahad datu.

Ya Allah betulkah berita yang aku dengar ini.setelah sekian lama kita merdeka,
akhirnya pertumpahan darah berlaku sekali lagi.

Mengapa berlaku?

ya sikap manusia yang tak mahu beralah.
mahu berebut hak yang telah hilang,

mereka tegar menari di atas sengsara yang lain

kerana kuasa,manusia hilang akal.

akhirnya kita menjadi mangsa.
keamanan kita dirobek.

Apa yang masih kita lakukan.
berkhayal dibuai mimpi indah sedangkan perajurit kita bermati-matian di sana.
kita disini masih mampu bergelak ketawa sedangkan di sana gundah gulana.

ini bukan isu politik.
jangan kau kaitkan dengan politik.tidak ini bukan masanya.
ini bukan masanya untuk kau menuding jari

jangan jadi duri dalam daging
jangan jadikan kami kambing hitammu.

ayuh kita bersatu,

hentikan segera perang ini.
hentikan.hentikan. hentikan kami mahu keamanan."

pray for lahad datu, 1 Mac 2013


*update: senarai terkini pasukan keselamatan kita yang terkorban meningkat kepada 8 org.
2 di Lahad Datu dan 6 di Semporna .Mereka ialah 

  • Insp.Zulkefli Mamat
  • Srjn.Sabaruddin Daud
  • Supt. Ibrahim Lebar
  • L/Kpl Mohd Azrul Tukiran
  • Asp. Micheal Padel
  • Srjn/D Baharin Hamit
  • Srjn Abd Aziz Sarikun
  • Kpl/S Salam Togiran
Semoa pergorbanan mereka tidak sia2.Sabah akan kembali aman seperti dulu.Semoga dirahmati Allah dan Alfatihah...

No comments:

Post a Comment