Sunday, March 3, 2013

jum improve !

Assalamualaikum


Entry nie cik kopi tulis khas untuk kawan2 cik kopi yang ade masalah keyakinan diri macam masalah cik kopi hadapi dulu yepp sampai sekarang pun cik kopi berlawan masalah yang sama.so sama-samalah belajar.Kalo nak tahu,dulu before masuk universiti cik kopi sangat penyegan dan pemalu, nak cakap depan orang ramai pun tak mampu,berdebar dan rasa mahu pengsan.itu baru cakap dalam bm, speaking english lagi macam harem..betul itulah tahap penyegan.

so cik kopi tak berapa pandai nak berkomunikasi dengan orang.bayangkan nak bercakap dengan akak kaunter pejabat pos pun dulu cik kopi takut dan segan.tapi bila dah masuk alam u nie, baru cik kopi rase nak lawan masalah nie.yelah dunia sekarang,persaingan yang sangat tinggi, kalo kita tak kemahiran espeacially soft skill yang bagus,kita akan kalah dalam mendapatkan pekerjaan(yepp itu realitinya).

Graduan lulusan ipta makin banyak dan itu tak masuk dengan ipts,so daya saing nak dapatkan pekerjaan kelak sangat tinggi,kalo korang ade kelulusan cemerlang tapi takde softskill pon tak gune jugak(tapi tak bermaksud korang boleh abaikan study korang)cik kopi sedar hal tu lepas masuk kem Umast-Go anjuran SERU UM.Cik kopi dah tak boleh segan2 or malu2 kucing sangat.so cik kopi belajar betulkan balik comunication skill espeacially in english yang sangat cik kopi lemah. well cik kopi tengah belajar.sebenarnya sikap penyegan or susah nak berkomunikasi nie datang dari low esteem yang sangat rendah.yepp bende tuh yang cik kopi rasakan.so nie beberapa tip yang cik kopi belajar bagi improve diri.harap2 boleh bantu kawan cik kopi tu jugak.

  • kalo rasa malu,banyakkan berlatih depan cermin.yepp walaupun kedengaran macam latihan nak berpidato je tapi teknik nie berguna nak hilangkan debar di hati.(cehh macam nak tunggu orang merisik ~debar sangat.) kalo ada yang gelakkan depan korang dan pikir korang cakap sendiri pedulikan sahaja.buat don't know sudah.
  • banyakkan membaca untuk tingkatkan ilmu pengetahuan korang,supaya nanti bila korang cakap takdelah sekadar cakap kosong sahaja.hal nie secara tak langsung menunjukkan kematangan korang as student.so korang sangat digalakkan berpikir secara kritis(ehh kenapa ayat cik kopi semakin berilmiah nie.~ahh pedulikanlah)tak paham?ok bahasa mudah,kalo korang nak bercerita panjang lebar pasal sebuah filem mesti korang kene tengok dulu kan cerita tu..barulah best nak cerita pada orang lain betulkan.samalah analoginya bila korang nak bercakap sesuatu perkara.at least korang kene tahu serba sikit perkara yang dibualkan.bila korang ade isi nak cakap barulah korang rase confident nak cakap something.
  • timba pengalaman baru dengan join pelbagai aktiviti. pengalaman bergaul dengan pelbagai jenis orang akan membantu komunikasi korang secara tak langsung. contohnya,kalo korang pernah terlibat acara dinner kolej,so serba sedikit korang dah tahu macam mane nak handle dan who the right person to dealing with. sebenarnya pengalaman macam nielah yang membuatkan korang lagi cepat matang.Ape?malas nak join..haha korang jugaklah yang rugi nanti. life in u was the best part taw.yelah bila dah keje nanti i think susah kita nak lalui pengalaman macam ini lagi.
  • bina keyakinan dengan katakan kalo orang lain boleh buat kenapa tidak aku.cik kopi sure korang jumpe banyak quote macam nie dalam buku motivasi yang korang suka pinjam untuk menambahkan koleksi nilam korang tuh dulukan.this quote penting untuk semangat korang untuk atasi apa jua cabaran(ewaahh dah  macam iklan milo pulak)..
  • tiap hari sebelum tido praktis bercakap especially bahasa inggeris.sorang2 diri pun takpe.kalo ade partner lagi best.surely korang akan rase lebih seronok untuk bercakap.jangan rase malu untuk bercakap english or bimbang dicop berlagak dengan english karat. biarkanlah orang macam ni.korang bercakap english nie untuk improve urself bukannyer nak rendahkan bahasa melayu so pekakkan telinga.cik kopi sekarang nie pun dalam proses belajar english.
  • kalo vocabulary korang lemah terutamanya english,sila usung encik diary dictionary(diary nak buat ape?).jgn usung jer,baa sekali taw.encik dictionary sangat berguna untuk tingkatkan pengetahuan vocabulary kita. kalo still tak berkesan. korang boleh layan lagu or drama english.sebab sambil korang berhibur sambil tuh korang boleh belajar bi lagi.kirenyer macam gergaji bermata 2 lah..kalo korang nak tahu,manusia nie lagi cepat menerima ilmu menerusi pendengaran,penglihatan,so tak salah rasenyer nak tengok tv untuk belajar this bahasa.kalo nak cepat lagi korg kena praktik apa yang korang belajar tu..baru berkesan 
sumber semua gambar pok chik google

ok setakat tu jer yang cik kopi boleh share,selebihnya terletak pada usaha korang untuk maju.hurm kalo korg ade tips lain boleh kungsi same2.

thanks sudi bace.

No comments:

Post a Comment