Sunday, March 3, 2013

jum improve !

Assalamualaikum


Entry nie cik kopi tulis khas untuk kawan2 cik kopi yang ade masalah keyakinan diri macam masalah cik kopi hadapi dulu yepp sampai sekarang pun cik kopi berlawan masalah yang sama.so sama-samalah belajar.Kalo nak tahu,dulu before masuk universiti cik kopi sangat penyegan dan pemalu, nak cakap depan orang ramai pun tak mampu,berdebar dan rasa mahu pengsan.itu baru cakap dalam bm, speaking english lagi macam harem..betul itulah tahap penyegan.

so cik kopi tak berapa pandai nak berkomunikasi dengan orang.bayangkan nak bercakap dengan akak kaunter pejabat pos pun dulu cik kopi takut dan segan.tapi bila dah masuk alam u nie, baru cik kopi rase nak lawan masalah nie.yelah dunia sekarang,persaingan yang sangat tinggi, kalo kita tak kemahiran espeacially soft skill yang bagus,kita akan kalah dalam mendapatkan pekerjaan(yepp itu realitinya).

Graduan lulusan ipta makin banyak dan itu tak masuk dengan ipts,so daya saing nak dapatkan pekerjaan kelak sangat tinggi,kalo korang ade kelulusan cemerlang tapi takde softskill pon tak gune jugak(tapi tak bermaksud korang boleh abaikan study korang)cik kopi sedar hal tu lepas masuk kem Umast-Go anjuran SERU UM.Cik kopi dah tak boleh segan2 or malu2 kucing sangat.so cik kopi belajar betulkan balik comunication skill espeacially in english yang sangat cik kopi lemah. well cik kopi tengah belajar.sebenarnya sikap penyegan or susah nak berkomunikasi nie datang dari low esteem yang sangat rendah.yepp bende tuh yang cik kopi rasakan.so nie beberapa tip yang cik kopi belajar bagi improve diri.harap2 boleh bantu kawan cik kopi tu jugak.

  • kalo rasa malu,banyakkan berlatih depan cermin.yepp walaupun kedengaran macam latihan nak berpidato je tapi teknik nie berguna nak hilangkan debar di hati.(cehh macam nak tunggu orang merisik ~debar sangat.) kalo ada yang gelakkan depan korang dan pikir korang cakap sendiri pedulikan sahaja.buat don't know sudah.
  • banyakkan membaca untuk tingkatkan ilmu pengetahuan korang,supaya nanti bila korang cakap takdelah sekadar cakap kosong sahaja.hal nie secara tak langsung menunjukkan kematangan korang as student.so korang sangat digalakkan berpikir secara kritis(ehh kenapa ayat cik kopi semakin berilmiah nie.~ahh pedulikanlah)tak paham?ok bahasa mudah,kalo korang nak bercerita panjang lebar pasal sebuah filem mesti korang kene tengok dulu kan cerita tu..barulah best nak cerita pada orang lain betulkan.samalah analoginya bila korang nak bercakap sesuatu perkara.at least korang kene tahu serba sikit perkara yang dibualkan.bila korang ade isi nak cakap barulah korang rase confident nak cakap something.
  • timba pengalaman baru dengan join pelbagai aktiviti. pengalaman bergaul dengan pelbagai jenis orang akan membantu komunikasi korang secara tak langsung. contohnya,kalo korang pernah terlibat acara dinner kolej,so serba sedikit korang dah tahu macam mane nak handle dan who the right person to dealing with. sebenarnya pengalaman macam nielah yang membuatkan korang lagi cepat matang.Ape?malas nak join..haha korang jugaklah yang rugi nanti. life in u was the best part taw.yelah bila dah keje nanti i think susah kita nak lalui pengalaman macam ini lagi.
  • bina keyakinan dengan katakan kalo orang lain boleh buat kenapa tidak aku.cik kopi sure korang jumpe banyak quote macam nie dalam buku motivasi yang korang suka pinjam untuk menambahkan koleksi nilam korang tuh dulukan.this quote penting untuk semangat korang untuk atasi apa jua cabaran(ewaahh dah  macam iklan milo pulak)..
  • tiap hari sebelum tido praktis bercakap especially bahasa inggeris.sorang2 diri pun takpe.kalo ade partner lagi best.surely korang akan rase lebih seronok untuk bercakap.jangan rase malu untuk bercakap english or bimbang dicop berlagak dengan english karat. biarkanlah orang macam ni.korang bercakap english nie untuk improve urself bukannyer nak rendahkan bahasa melayu so pekakkan telinga.cik kopi sekarang nie pun dalam proses belajar english.
  • kalo vocabulary korang lemah terutamanya english,sila usung encik diary dictionary(diary nak buat ape?).jgn usung jer,baa sekali taw.encik dictionary sangat berguna untuk tingkatkan pengetahuan vocabulary kita. kalo still tak berkesan. korang boleh layan lagu or drama english.sebab sambil korang berhibur sambil tuh korang boleh belajar bi lagi.kirenyer macam gergaji bermata 2 lah..kalo korang nak tahu,manusia nie lagi cepat menerima ilmu menerusi pendengaran,penglihatan,so tak salah rasenyer nak tengok tv untuk belajar this bahasa.kalo nak cepat lagi korg kena praktik apa yang korang belajar tu..baru berkesan 
sumber semua gambar pok chik google

ok setakat tu jer yang cik kopi boleh share,selebihnya terletak pada usaha korang untuk maju.hurm kalo korg ade tips lain boleh kungsi same2.

thanks sudi bace.

Friday, March 1, 2013

lahad datu :1 mac 2013

Assalamualaikum,

Ohh cik kopi panik seketika bila dengar lahad datu diserang oleh mereka yang tak berganjak dari sini.cik kopi risau. bagaimana nasib mereka di sana kelak. cik kopi yakin tentera kita pasti mampu menanganinya.buat masa sekarang nie keadaan masih darurat di kampung. Tanduo,Lahad Datu. pasukan keselamatan kita seramai dua orang telah terkorban akibat serangan mortar.tentera penceroboh pula dengar khabarnya 10 orang telah terkorban.namun sehingga ke saat cik kopi taip masih tiada berita rasmi.Apa2 pun cik kopi harap segalanya berakhir dengan cepat dan selamat.


antara twitter yang sempat cik kopi amik


"Al-Fatihah buat perajurit kita yang terkorban dalam serangan di lahad datu.

Ya Allah betulkah berita yang aku dengar ini.setelah sekian lama kita merdeka,
akhirnya pertumpahan darah berlaku sekali lagi.

Mengapa berlaku?

ya sikap manusia yang tak mahu beralah.
mahu berebut hak yang telah hilang,

mereka tegar menari di atas sengsara yang lain

kerana kuasa,manusia hilang akal.

akhirnya kita menjadi mangsa.
keamanan kita dirobek.

Apa yang masih kita lakukan.
berkhayal dibuai mimpi indah sedangkan perajurit kita bermati-matian di sana.
kita disini masih mampu bergelak ketawa sedangkan di sana gundah gulana.

ini bukan isu politik.
jangan kau kaitkan dengan politik.tidak ini bukan masanya.
ini bukan masanya untuk kau menuding jari

jangan jadi duri dalam daging
jangan jadikan kami kambing hitammu.

ayuh kita bersatu,

hentikan segera perang ini.
hentikan.hentikan. hentikan kami mahu keamanan."

pray for lahad datu, 1 Mac 2013


*update: senarai terkini pasukan keselamatan kita yang terkorban meningkat kepada 8 org.
2 di Lahad Datu dan 6 di Semporna .Mereka ialah 

  • Insp.Zulkefli Mamat
  • Srjn.Sabaruddin Daud
  • Supt. Ibrahim Lebar
  • L/Kpl Mohd Azrul Tukiran
  • Asp. Micheal Padel
  • Srjn/D Baharin Hamit
  • Srjn Abd Aziz Sarikun
  • Kpl/S Salam Togiran
Semoa pergorbanan mereka tidak sia2.Sabah akan kembali aman seperti dulu.Semoga dirahmati Allah dan Alfatihah...

Thursday, February 28, 2013

perlu ker gangnam style dan harlem shake

Assalamualaikum...

Mule2 trend gangnam style.lepas tu sekarang nie trend harlem shake.dah macam harem jer cik kopi tengok tarian sekarang.makin mengarut.heh cik kopi nie bukanlah pandai sangat nak cakap pasal agama,tapi cik kopi makin meluat dengan especially orang kita yang buat tarian macam tuh.kenapa perlu terkinja2 menari macam tak ingat dunia lagak seekor kuda terkena todi.itu kes gangnam style yang cik kopi peghatikan semakin hari semakin ramai rakyat kita dok menari even dalam majlis majlis rasmi yang menteri pun datang.apa yang hebat tarian tu pun tak tahulah.mule2 sekadar hiburan tapi sekarang tarian tu dah macam hiburan wajib orang sekarang.



Mesti ramai yang baca entry nie anggap cik kopi nie kuno and tak ikut perkembangan semasa.well tak semestinya orang tak menari gangnam style tu kuno or konservertif.that very wrong..takkan kena menari tarian begitu dianggap up to date.cuma tak eloklah nak dipertayangkan kepada budak budak kecil akan tarian macam tu as kita nie dah takde tarian kita sendiri.sekarang niepun budak umur 4,5 tahun dah tahu menari gangnam style..sebab tulah generasi kita semakin hilang akan identiti budaya sebab dari awal lagi kita dah sogokkan dengan aktiviti macam nie.bukannya tak boleh menari,boleh berhibur tapi biarlah berpada2.


cik kopi tak kisah kalo korang nak menari tapi tak perlulah asal di mana2 nak buat tarian gangnam style..dah macam takde tarian lain nak dipersembahkan.manalah generasi kita nie semakin hilang identiti sendiri.lepas tu sibuk menuding jari ke arah orang lain bila anak bangsa kita dah tak kenal jati diri mereka

Lagi satu perlu ker tarian gangnam style dalam majlis majlis besar kerajaan.supposely kita patut persembahkan tarian yang membawa identiti negara kita.biar pelancong kenal tarian negara kita.tarian kita sebenarnya jauh lebih unik berbanding negara lain sebab kita ada pelbagai jenis tarian dari pelbagai bangsa.nie tak asyik2 gangnam style.naik jelak cik kopi lihat.Sungguh cik kopi rimas.dah macam takde tarian lain.


Lepas habis gangnam style masuk pulak tarian harlem shake yang cik kopi peghatikan macam haremm jer tarian nie.serius tak senonoh and ntah ape-ape.cik kopi malas nak share video2 nie.korang cari jer video2 nie kat youtube berlambak.orang malaysia cepat sangat ikut bende2 tak senonoh camnie..bende yang baik tak nak pulak ikut.tarian yang tak senonoh tu pulak senang jer orang kita ikut.betul tak? sebab tu malas nak share..lepas nie jangan pulak harlem shake nie dipersembahkan secara meluas.udahlah

boleh jer nak menari tapi biarlah berpada-pada..jangan kerana tarian kita bakal kehilangan identiti kita sendiri..

thanks sudi bace