Assalamualaikum.
Seperti tahun sebelum nie,cik
kopi ade buat review pasal AJL27, so tahun nie cik kopi tidak ketinggalan jugak
nak buat review untuk AJL 28 pulak..Huarghh cepat masa berlalukan. Momen AJL27
masih segar lagi dalam ingatan..Cik kopi tahu review nie agak lambat tapi
lantaklah cik kopi nak tulis jugak. Hurm kalo tahun lepas tengok secara online,
tahun nie Cik Kopi tengok tv terus..haha..tengok secara live? Belum rezeki lah
kot..So tema tahun nie berkonsepkan game on. Ala permainan online. Camtulah
lebih kurang..Cik Kopi pun takler berape paham sangat,konsep nyer. Tapi tak
pelah elemen game-on tuh still ade pada beberapa persembahan. So nie antara
review Cik Kopi. Cik Kopi takler berapa pandai mereview lebih2 lagi music sebab
dah ade juri bertauliah. So tak perlu rasenyer kot nak mereview lebih2 sangat.
Persembahan pembukaan oleh Shila
Hamzah dengan Mus May dengan bawak lagu Faizal Tahir Mahakarya Cinta. Persembahan
nie bawak konsep battle suara katenyerlah,nak tengok sape lagi hebat. Tapi pada
Cik Kopi persembahan pembukaan nie kureng sedikit sebab lagu yang dinyannyikan tak berapa sesuai.
-Lepas tu persembahan tarian dari
kumpulan ape cik kopi kurang pasti. Pun not bad lah.
-Gandingan pengacara AG dengan Scha
malam tuh first time. Nampak kekok sikit. Tapi takpelah baru first time kan. Tapi
dorang mengacarakan takdelah melalut sangat. Congrats pada AG sebab try nak
connect dengan penonton supaya meriah sikit majlis tuh. Scha pula berseri2
maybe rezeki orang mengandung kot.
Persembahan pertama malam tuh
ialah lagu aku pelat nyanyian SalamMusik. Muzik dia best tapi tu ah lirik dia
tak berape nak paham sangat. Sebabnya satu laju~satu lagi berpuitis kemain. Lagu
hiphop+reggae katenyer.
Persembahan kedua menyusul lepas
tuh adalah persembahan Black dengan lagu ost Jodoh itu Milik Kita ‘Takkan
Terpisah’. Woahh suara memang tak dapat dinafikan sedap and siap tarik nada
tinggi lagi. Tapi sejak Hafiz masuk susah dah Black nak menang Vokal Terbaik. Lagu
Takkan terpisah nie best tapi tak dapat nak tanding lagu Black tahun lepas
Teman Pengganti. Persembahan Black simple jer takde props kecuali dekat latar
skrin. Hamboi sejak balik umrah nie n dah berkahwin muka dah makin berseri-seri
dan bersih.
-Persembahan ketiga pulak ialah
gandingan Noh hujan dan Aizat Amdan dengan lagu so westnyer~ In Love With You.
Huu tajuk jer omputih tapi lagunyer rojak. Susunan muzik catchy dan persembahan
yang bersahaja. Aizat makin bam2 kulihat and yess no mr Moustache. Noh sangat
semart. Anyway selamat menunaikan umrah buat Noh sekeluarga.
-Persembahan seterusnya ini
antara cik kopi tertunggu-tunggu jugak. Kumpulan Hyper Act dengan lagu Hanya
Aku yang jugak jadi OST drama Teduhan Kasih. Tak hairanlah kalo lagu nie ade
pengikut yang ramai. Lagu nie ade eleman macam zaman 90-an dulu tapi diberi
napas baru. (amboi tulis macam ler tahu sangat padahal copy ayat kat surat
khabar jer. Kumpulan ini bawak tema frozen n berbaju serba putih tapi macam
mane pun sangat semart.
-Kalo tahun lepas Stacy kelihatan
bam2 di atas pentas dan sukar nak bergerak sebab gaun labuh, tahun nie wow dia
kembali kurus dan ligat menari di atas pentas bersama zombienyer dengan lagu
Bosan. Siap terbang-terbang lagi. Nampaknyer tak sia2 lah diet Stacy kan.
Apa-apa pun dia memang terror menarilah.
-Cik kopi memang tunggu
persembahan Hafiz kali nie (actually saban tahun pun tunggu nak lihat
performance Hafiz). Just wow as usual. Vokal hafiz memang powerlah. Baju dia
huu merelip dengan taburan kristal. Memang klas kau Hafiz. Lagu Hafiz Bahagiamu
Deritaku yang nie sedap didengari dan mendayu2 serta penuh perasaan~huu kemain
kau puji, Cik Kopi oii. Persembahan Hafiz pun simple jer dengan props ranting2
kering.
Seterusnya persembahan Hazama
dengan lagu Penglipurlara. Kemain Hazama siap bercat2 tangannya. Persembahan
Hazama quite unik sebab dia punyer band cuma berada di skrin sahaja.cik kopi tertarik dengan lirik lagu hazama nie.Lagi satu Hazama bawa tema permainan video game era 90an dalam persembahannya.
-Baju Scha sangat cantik dah
macam Barbie Doll pulak.
Tamat persembahan Hazama~Jac
muncul bersama lima orang divanya membawakan lagu Ikut rentakku. Antara divanya
adalah Adibah Noor, Atilia, Dina Nadzir dan dua orang lagi Cik Kopi tak berapa
nak perasaan. Anyway, vokal Jac memang power and tak tenggelam biarpun diiring
dengan lima diva yang handal vokalnya. Congrats pada Jac, boleh jadi saingan
pada Hafiz dan Black. Jac sangat comey dengan persembahan ala-ala Broadway tu.
Seterusnya, Najwa Latif bersama
gengnya (Sleeq n Syamkamarul) mengambil tempat dengan membawakan lagu Sahabat.
Sejujurnya Cik Kopi lebih gemar versi radionya berbanding apa yang
dipertontonkan and Cik Kopi rase ade lagu lain yang lebih layak berbanding lagu
nie. Najwa Latif pulak kelihatan gemuruh atas pentas tuh tapi nasib baiklah
baju dia cantik and tak selalu seperti yang dia pakai ketika buat persembahan.
Azlan dan geng tukang taip muncul
pulak dengan lagu tanda tanya. Best dan lagunya diberi sedikit susunan muzik
baru. Lagu nie antara berpotensi besar untuk menang. Tahun nie Azlan mekapkan
dirinya sepucat yang mungkin.
Seterusnya Lagu Kau Yang Terindah mengambil
tempat dengan membawakan tema Rome. Jika tahun sebelum2nya, Alyah bawak Remy
Ishak, tahun nie Alyah bawa aktor Azri Iskandar, suami Ellie Surianty. Siap
main api2 lagi. Wushh Alyah memang suka guna khidmat pelakon untuk menghidupkan
persembahannya
.
Persembahan terakhir untuk AJL 28
ialah persembahan dari Awi Rafeal dan Altimet dengan lagu Kalau Aku Kaya. Lagu
nie ada unsur2 lagu rakyat dan hip hop nie cik kopi paling dekat and kena
dengan situasi sekarang. Lirik dia pun best and rapping dia pun Cik Kopi paham
sebab tak terlalu cepat dan kelihatan lebih bersahaja. Cik Kopi lihat ramai
yang terhibur dengan persembahan dorang nie. Siap ditaburi dengan wang kertas
palsu.
Persembahan artis jemputan
seperti Amy Search, Datu M Daud Kilau, Ziana Zain lebih gempak. Lagu dorang
diberi napas baru oleh DJ Fuzz dan beberapa rapper seperti Dali, W.A.R.I.S
memang best.
So tibalah pada result anugerah
juara lagu. Ternyata malam tuh milik Hafiz apabila beliau mengondol Anugerah
juara lagu, Persembahan Terbaik dan Juara Mobile. So ini result penuh~
Juara =Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
(menepati ramalan)
Naib Juara = Hanya Aku (Hyper
Act)(menepati ramalan)
Ketiga = Kalau Aku Kaya (Awi
Rafeal ft Altimet)~terkejut jugak lagu nie menang.
Vokal terbaik = Jaclynn Victor
(akak Jac memang patut menang pun)
Persembahan terbaik = Hafiz
(undian penonton-lagu nie agak popular)-kalo diikutkan takde persembahan yang
boleh buat Cik Kopi ternganga luas untuk tahun nie. Kebanyakan simple sahaja.
Juara Mobile Nada Dering =
Bahagiaku deritamu
Secara keseluruhannya,cik kopi
takdelah nampak sangat elemen game on tuh..tapi bolehlah, takdelah sampai ke
tahap membosankan. Kebanyakan peserta malam tersebut semuanya berpakaian kemas,
berjaket, bertie, berkemeja. Huh..ensem2 jadinya and Cik Kopi notice kebanyakan
persembahan menggunakan khidmat trumpet, saxophone dan seangkatan dengannyer.
Masa persembahan siapa entah Cik Kopi kurang pasti kemain semangat abang tuh
tiup trumpet sampai merah muke. Congrats Hafiz~Semoga menang ABPBH 13 pulak.
Anyway panjang pulak Cik Kopi mereview kali nie. Tangan pun dah kematu dah nie.
Cik Kopi setop stop dulu. Kalo korang tak setuju dengan review nie
takpelah ~Nie adalah pandangan Cik Kopi semata2. Adios.
Thanks sudi bace.
Bye.
kredit gambar :OHBULAN
No comments:
Post a Comment