Thursday, January 16, 2014

belajar untuk redha

Assalamualaikum,

Dalam hidup ini bukan semua bende yang kita nak kita dapat.tidak.jangan jeles dengan orang lain itu rezeki dia..rezeki kita siapa tahu. Hari tuh cik kopi terdengarlah perbualan seorang hamba Allah nie. Perbualan dia lebih kurang macam ini bunyinya "ehh ko tengok si minah tuh. Dah lah lawa, bijak pulak tuh, aku dengar ceriter tak lame lagi ade orang nak masuk minang dah. Kan best jadi minah tuh, kaya pun kaya. Semua serba cukup. Bak kata orang apa yang dia nak semua dapatlah."

Memang secara luarannya dia serba cukup tapi dalamannya siapa tahu kan. Allah dah membuat perancangan yang sebaik-baik untuk kita. Jangan mengeluh. Jika allah uji kita dengan dugaan seperti gagal periksa, putus cinta ker dan sebagainya, itu tanda Allah nak uji kita sejauh mana kita benar sayang dan beriman. Janganlah kerana dugaan ini kita mula nk mengelabah, sibuk menyalahkan diri atau pun orang lain.

Memang hidup kat dunia, semua orang ade rezeki masing. Ade orang dikurniakan dengan melimpah ruahnya rezeki, ada pulak ditimpa malang yang tak berkesudahan sampai kita rasakan hidup ini tidak adil. Sebenarnya Allah maha Adil. Percaturannya sangat hebat sampai kita tak terduga. Allah kurniakan pelbagai nikmat untuk menduga sejauhmana kita bersyukur dengan nikmatnya. Allah uji sejauhmana kesabaran kita dalam menempuh dugaan. Ingat langit tak selalunya cerah dan tak selalu juga mendung.

Memang sebagai manusia kita tak penah puas dengan tuntutan nafsu kita, api pernah tak anda terfikir, sekurang-kurangnya anda masih punyai nilai yang berharga iaitu deria mahupun anggota berbanding orang lain yang lebih teruk dari teruk. Masih tidak bersyukurkah kita. Jangan kerana kita tak dapat sesuatu yang kita nak kita hampa putus asa dan kecewa, Allah tak suka kita berputus asa. dan janganlah pulak menyimpang dari jalanNya. Ingat semua yang berlaku pasti ada sebabnya~

Belajarlah untuk redha dengan ketentuan Allah bukannyer menyalahkan takdir semata-mata. Sekurang-kurangnya hati kita lebih tenang. Siapa tahu jika sekarang kita dilanda badai, masa akan datang pula kita dilimpahi sinar dan begitu juga sebaliknya.

Kehidupan ini ada harga yang perlu dibayar, bukan sekadar kosong semata2..


Thanks sudi bace
 Bye

No comments:

Post a Comment