Tuesday, January 28, 2014

REVIEW AJL 28 ~GAME ON

Assalamualaikum.

Seperti tahun sebelum nie,cik kopi ade buat review pasal AJL27, so tahun nie cik kopi tidak ketinggalan jugak nak buat review untuk AJL 28 pulak..Huarghh cepat masa berlalukan. Momen AJL27 masih segar lagi dalam ingatan..Cik kopi tahu review nie agak lambat tapi lantaklah cik kopi nak tulis jugak. Hurm kalo tahun lepas tengok secara online, tahun nie Cik Kopi tengok tv terus..haha..tengok secara live? Belum rezeki lah kot..So tema tahun nie berkonsepkan game on. Ala permainan online. Camtulah lebih kurang..Cik Kopi pun takler berape paham sangat,konsep nyer. Tapi tak pelah elemen game-on tuh still ade pada beberapa persembahan. So nie antara review Cik Kopi. Cik Kopi takler berapa pandai mereview lebih2 lagi music sebab dah ade juri bertauliah. So tak perlu rasenyer kot nak mereview lebih2 sangat.

Persembahan pembukaan oleh Shila Hamzah dengan Mus May dengan bawak lagu Faizal Tahir Mahakarya Cinta. Persembahan nie bawak konsep battle suara katenyerlah,nak tengok sape lagi hebat. Tapi pada Cik Kopi persembahan pembukaan nie kureng sedikit sebab lagu yang dinyannyikan tak berapa sesuai.


-Lepas tu persembahan tarian dari kumpulan ape cik kopi kurang pasti. Pun not bad lah.

-Gandingan pengacara AG dengan Scha malam tuh first time. Nampak kekok sikit. Tapi takpelah baru first time kan. Tapi dorang mengacarakan takdelah melalut sangat. Congrats pada AG sebab try nak connect dengan penonton supaya meriah sikit majlis tuh. Scha pula berseri2 maybe rezeki orang mengandung kot.

Persembahan pertama malam tuh ialah lagu aku pelat nyanyian SalamMusik. Muzik dia best tapi tu ah lirik dia tak berape nak paham sangat. Sebabnya satu laju~satu lagi berpuitis kemain. Lagu hiphop+reggae katenyer.

Persembahan kedua menyusul lepas tuh adalah persembahan Black dengan lagu ost Jodoh itu Milik Kita ‘Takkan Terpisah’. Woahh suara memang tak dapat dinafikan sedap and siap tarik nada tinggi lagi. Tapi sejak Hafiz masuk susah dah Black nak menang Vokal Terbaik. Lagu Takkan terpisah nie best tapi tak dapat nak tanding lagu Black tahun lepas Teman Pengganti. Persembahan Black simple jer takde props kecuali dekat latar skrin. Hamboi sejak balik umrah nie n dah berkahwin muka dah makin berseri-seri dan bersih.

-Persembahan ketiga pulak ialah gandingan Noh hujan dan Aizat Amdan dengan lagu so westnyer~ In Love With You. Huu tajuk jer omputih tapi lagunyer rojak. Susunan muzik catchy dan persembahan yang bersahaja. Aizat makin bam2 kulihat and yess no mr Moustache. Noh sangat semart. Anyway selamat menunaikan umrah buat Noh sekeluarga.

-Persembahan seterusnya ini antara cik kopi tertunggu-tunggu jugak. Kumpulan Hyper Act dengan lagu Hanya Aku yang jugak jadi OST drama Teduhan Kasih. Tak hairanlah kalo lagu nie ade pengikut yang ramai. Lagu nie ade eleman macam zaman 90-an dulu tapi diberi napas baru. (amboi tulis macam ler tahu sangat padahal copy ayat kat surat khabar jer. Kumpulan ini bawak tema frozen n berbaju serba putih tapi macam mane pun sangat semart.

-Kalo tahun lepas Stacy kelihatan bam2 di atas pentas dan sukar nak bergerak sebab gaun labuh, tahun nie wow dia kembali kurus dan ligat menari di atas pentas bersama zombienyer dengan lagu Bosan. Siap terbang-terbang lagi. Nampaknyer tak sia2 lah diet Stacy kan. Apa-apa pun dia memang terror menarilah.

-Cik kopi memang tunggu persembahan Hafiz kali nie (actually saban tahun pun tunggu nak lihat performance Hafiz). Just wow as usual. Vokal hafiz memang powerlah. Baju dia huu merelip dengan taburan kristal. Memang klas kau Hafiz. Lagu Hafiz Bahagiamu Deritaku yang nie sedap didengari dan mendayu2 serta penuh perasaan~huu kemain kau puji, Cik Kopi oii. Persembahan Hafiz pun simple jer dengan props ranting2 kering.

Seterusnya persembahan Hazama dengan lagu Penglipurlara. Kemain Hazama siap bercat2 tangannya. Persembahan Hazama quite unik sebab dia punyer band cuma berada di skrin sahaja.cik kopi tertarik dengan lirik lagu hazama nie.Lagi satu Hazama bawa tema permainan video game era 90an dalam persembahannya.

-Baju Scha sangat cantik dah macam Barbie Doll pulak.

Tamat persembahan Hazama~Jac muncul bersama lima orang divanya membawakan lagu Ikut rentakku. Antara divanya adalah Adibah Noor, Atilia, Dina Nadzir dan dua orang lagi Cik Kopi tak berapa nak perasaan. Anyway, vokal Jac memang power and tak tenggelam biarpun diiring dengan lima diva yang handal vokalnya. Congrats pada Jac, boleh jadi saingan pada Hafiz dan Black. Jac sangat comey dengan persembahan ala-ala Broadway tu.

Seterusnya, Najwa Latif bersama gengnya (Sleeq n Syamkamarul) mengambil tempat dengan membawakan lagu Sahabat. Sejujurnya Cik Kopi lebih gemar versi radionya berbanding apa yang dipertontonkan and Cik Kopi rase ade lagu lain yang lebih layak berbanding lagu nie. Najwa Latif pulak kelihatan gemuruh atas pentas tuh tapi nasib baiklah baju dia cantik and tak selalu seperti yang dia pakai ketika buat persembahan.

Azlan dan geng tukang taip muncul pulak dengan lagu tanda tanya. Best dan lagunya diberi sedikit susunan muzik baru. Lagu nie antara berpotensi besar untuk menang. Tahun nie Azlan mekapkan dirinya sepucat yang mungkin.

Seterusnya Lagu Kau Yang Terindah mengambil tempat dengan membawakan tema Rome. Jika tahun sebelum2nya, Alyah bawak Remy Ishak, tahun nie Alyah bawa aktor Azri Iskandar, suami Ellie Surianty. Siap main api2 lagi. Wushh Alyah memang suka guna khidmat pelakon untuk menghidupkan persembahannya
.
Persembahan terakhir untuk AJL 28 ialah persembahan dari Awi Rafeal dan Altimet dengan lagu Kalau Aku Kaya. Lagu nie ada unsur2 lagu rakyat dan hip hop nie cik kopi paling dekat and kena dengan situasi sekarang. Lirik dia pun best and rapping dia pun Cik Kopi paham sebab tak terlalu cepat dan kelihatan lebih bersahaja. Cik Kopi lihat ramai yang terhibur dengan persembahan dorang nie. Siap ditaburi dengan wang kertas palsu.

Persembahan artis jemputan seperti Amy Search, Datu M Daud Kilau, Ziana Zain lebih gempak. Lagu dorang diberi napas baru oleh DJ Fuzz dan beberapa rapper seperti Dali, W.A.R.I.S memang best.

So tibalah pada result anugerah juara lagu. Ternyata malam tuh milik Hafiz apabila beliau mengondol Anugerah juara lagu, Persembahan Terbaik dan Juara Mobile. So ini result penuh~

Juara =Bahagiamu Deritaku (Hafiz) (menepati ramalan)
Naib Juara = Hanya Aku (Hyper Act)(menepati ramalan)
Ketiga = Kalau Aku Kaya (Awi Rafeal ft Altimet)~terkejut jugak lagu nie menang.
Vokal terbaik = Jaclynn Victor (akak Jac memang patut menang pun)
Persembahan terbaik = Hafiz (undian penonton-lagu nie agak popular)-kalo diikutkan takde persembahan yang boleh buat Cik Kopi ternganga luas untuk tahun nie. Kebanyakan simple sahaja.
Juara Mobile Nada Dering = Bahagiaku deritamu

Secara keseluruhannya,cik kopi takdelah nampak sangat elemen game on tuh..tapi bolehlah, takdelah sampai ke tahap membosankan. Kebanyakan peserta malam tersebut semuanya berpakaian kemas, berjaket, bertie, berkemeja. Huh..ensem2 jadinya and Cik Kopi notice kebanyakan persembahan menggunakan khidmat trumpet, saxophone dan seangkatan dengannyer. Masa persembahan siapa entah Cik Kopi kurang pasti kemain semangat abang tuh tiup trumpet sampai merah muke. Congrats Hafiz~Semoga menang ABPBH 13 pulak. Anyway panjang pulak Cik Kopi mereview kali nie. Tangan pun dah kematu dah nie. Cik Kopi setop stop dulu. Kalo korang tak setuju dengan review nie takpelah ~Nie adalah pandangan Cik Kopi semata2. Adios.

Thanks sudi bace.

Bye.

kredit gambar :OHBULAN

Saturday, January 18, 2014

sandiwara seorang manusia

Assalamualaikum

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dia manusia antara manusia yang lain.
perilakunya sama seperti yang lain.
tiada bezanya.

cuma dia pemain sandiwara
yg cukup licik bermain kata.
kadangkala kita tak kenal siapa dia sebenarnya
begitu plastik sekali.
bibir manis mengungkap kata di hadapan
kaca pula ditabur di belakang

bertindak seolah dialah tuhan
nada kata maaf
hati kata dendam.
pandai dia bermain sandiwara
dan entah bila sandiwaranya akan tamat
selagi ada yang masih mahu menonton
sandiwaranya terus berlegar~angkuh.
nyata dia jaguh sandiwara.



Thursday, January 16, 2014

belajar untuk redha

Assalamualaikum,

Dalam hidup ini bukan semua bende yang kita nak kita dapat.tidak.jangan jeles dengan orang lain itu rezeki dia..rezeki kita siapa tahu. Hari tuh cik kopi terdengarlah perbualan seorang hamba Allah nie. Perbualan dia lebih kurang macam ini bunyinya "ehh ko tengok si minah tuh. Dah lah lawa, bijak pulak tuh, aku dengar ceriter tak lame lagi ade orang nak masuk minang dah. Kan best jadi minah tuh, kaya pun kaya. Semua serba cukup. Bak kata orang apa yang dia nak semua dapatlah."

Memang secara luarannya dia serba cukup tapi dalamannya siapa tahu kan. Allah dah membuat perancangan yang sebaik-baik untuk kita. Jangan mengeluh. Jika allah uji kita dengan dugaan seperti gagal periksa, putus cinta ker dan sebagainya, itu tanda Allah nak uji kita sejauh mana kita benar sayang dan beriman. Janganlah kerana dugaan ini kita mula nk mengelabah, sibuk menyalahkan diri atau pun orang lain.

Memang hidup kat dunia, semua orang ade rezeki masing. Ade orang dikurniakan dengan melimpah ruahnya rezeki, ada pulak ditimpa malang yang tak berkesudahan sampai kita rasakan hidup ini tidak adil. Sebenarnya Allah maha Adil. Percaturannya sangat hebat sampai kita tak terduga. Allah kurniakan pelbagai nikmat untuk menduga sejauhmana kita bersyukur dengan nikmatnya. Allah uji sejauhmana kesabaran kita dalam menempuh dugaan. Ingat langit tak selalunya cerah dan tak selalu juga mendung.

Memang sebagai manusia kita tak penah puas dengan tuntutan nafsu kita, api pernah tak anda terfikir, sekurang-kurangnya anda masih punyai nilai yang berharga iaitu deria mahupun anggota berbanding orang lain yang lebih teruk dari teruk. Masih tidak bersyukurkah kita. Jangan kerana kita tak dapat sesuatu yang kita nak kita hampa putus asa dan kecewa, Allah tak suka kita berputus asa. dan janganlah pulak menyimpang dari jalanNya. Ingat semua yang berlaku pasti ada sebabnya~

Belajarlah untuk redha dengan ketentuan Allah bukannyer menyalahkan takdir semata-mata. Sekurang-kurangnya hati kita lebih tenang. Siapa tahu jika sekarang kita dilanda badai, masa akan datang pula kita dilimpahi sinar dan begitu juga sebaliknya.

Kehidupan ini ada harga yang perlu dibayar, bukan sekadar kosong semata2..


Thanks sudi bace
 Bye

Tuesday, January 14, 2014

tamat semestar 5~

Assalamualaikum.

Yeahhh akhirnya tamat semester 5 jugak. Perasan haaa..bercampur aduk~lega sebab akhirnya habis jugak exam dengan paper last kul 11.30 am. Lega dah tak perlu pikir lagi dah soalan ape yang nak masuk or tak perlu lagi lah nak main tembak2 soalan.next cutiii..

Yeahh cik kopi percaya bende nie paling ditunggu oleh semua..Universiti dok kata pergilah2..rumah dok kat mai,mai..Erk ade ker pepatah cam tu papelah cik kopi. Tentang exam cik kopi malas nak pikir ape2.redha jerlah dengan keputusan.

Cik kopi berpegang pada sape usaha lebih maknanyer result dia pun bermakna..So tawakal jerlah..cik kopi..Ape kate balik duk rumah dan menjalankan misi menggemuk badan..haaa..inilah perkara yang paling mengembirakan setiap kali habis exam.

Tapi sedihnya kami, ia mengingatkan kami pada tangungjawab yang satu.yer encik Thesis.tanpanyer tak mungkin kami dapat grad. So pelajar final year kenallah korban masa sikit.kan..Sebelum mengakhiri semester 5 kami, cik kopi cilok sikit gambar dari album my kawan, Zul dan dibuat sedikit penambahan sebagai tanda kenangan kami pelajar sejarah UM, semester 5, batch 2011/2012.~haa happy holiday gengs..n selamat bertesis..




 

Thanks sudi bace

Bye, jumpe lagi di sem 6 :)

.

Monday, January 13, 2014

perancangan masa cuti

Assalamualaikum

Memandangkan tak lama lagi dah nak sem break, cik kopi cadang nak memanfaatkan ler masa yang tak berapa panjang nie di rumah.(Ala lebih kurang sebulan jer pun). Setakat nie tiada lagi perancangan jalan-jalan cari makan ker hape kecuali mungkin akan ke satu tempat untuk siapkan my thesis.

Wohaa..final year okeyh..cuti.cuti jugak tesis jangan lupe. (Sengaja guna perkataan tesis ~kasi up sikit)Biasanya utk lengkapkan degree, student final year akan siapkan projek ilmiah @ latihan ilmiah jer. Tebal taklah lah setebal tesis master tapi boleh tahan lah lenguh jugak tangan nanti.ok stop..Haa cik kopi dah terbabas cerita pasal thesis pulak.keh.keh.

So cik kopi nak ler bersama-sama keluarga. Yelah dah lama tak balik.(padahal baru jer 2 minggu lepas baru jer balik). So cik kopi cadang nak ler buat  kerja DIY sikit. Nak kasi cantik kan bilik. huhu. So duk berfb terjumpelah satu laman yang interesting..Haa nie dia~ cool idea dan Creative Ideass. Korang tak payah nak susah google artwork or DIY ape yang korang boleh buat, laman nie share banyak idea yang menarik untuk mencantikkan bilik,rumah dan seangkatannya..

So nie projek cadangan cik kopi nak buat mase time cuti nanti. Boleh buat bersama keluarga kire macam aktiviti mengukuhkan ukhwah (cecece)~mintak-mintak menjadi lah yer. Tunggu  cik kopi update lepas cuti nanti~

Thanks sudi bace.
Bye :)

ps: ramai kawan2 nak menamatkan zaman bujang~anyways congrats,cik kopi?


Saturday, January 11, 2014

Yoona dan PM

 Assalamualaikum reader

Sambil duk melayari internet, (amboi macam dah habis paper jer.) rase kebosanan pulak.so menjenguklah kita di belog nie..haih cik kopi mane azam nak jadi blogger tegar? hah terkubur mungkin? okeyh sekarang nie dah makin banyak cerite baharu kat tb.tadi cik kopi layan online jelah..so meh lah cik kopi share cerite korea yang cik kopi tgh layan.~semuanya baru belum habis tayangan pun.

~ Prime Minister And I


Haa ini cerite terbaharu lakonan Yoona. Cik kopi takdelah minat sangat citer nie pada asalnya.tapi cik kopi tertarik pada jalan ceriter.Cerite mengenai seorang reporter yang agak tak terurus, Nam Da Jeong yang berkahwin kontrak dengan perdana menteri Korea, Kwon Yool..Nam Da Jeong nie diminati oleh chief Park manakala PM itu pulak diminati oleh Hye Jool ,PA Kwan yang setia.Selain Yoona, ceriter nie turut dibintangi oleh  Lee Beom Soo,Yoon Si Yeon, Ryu Jin, Chae Jung Ahn dan ramai lagi.

Yoona sgt comey dalam part nie


Lee Beom Soo nie ade 1000 gaya rasenyer.cik kopi tak kenal dia dalam cter 200 pound beauty.dia bawak watak pemandu taxi.tak caye cer korang cari..
part kongsi makan ramen 


Dalam ceriter tuh Yoon Si Yeon takdelah hensem tapi comel adelah tapi dalam pic nie tergodaa i..hahaha
part kahwin~
carta hubungan yang cik kopi pun tak paham~sape pandai  bahasa korea tolong translatekan

Cerita ini ada konflik, sedih, kelakar, romantik kirenyer secukup rasa lah. Cik kopi suke tgk cerite yang cukup perencah (ehh ingat program masakan) n takdelah stress sangat bile tgk ceriter nie.tak macam cerite Medical Top Team yang banyak sangat konflik yang akhirnya tak terhurai jelas..so cik kopi recomend korang tengok cerite nie.

ok tu jer yang cik kopi nak story.jangan duk lupe tengok taw..

baii..

Thursday, January 2, 2014

bye 2013, hello 2014

Assalamualaikum readers..

Uhh dah lama Cik Kopi dah tak menulis belog nie..  dah masuk tahun 2014 dah pun. (berape banyak dahlah.)..hehe..nampak benar kemalasan di situ. well sebelum itu, selamat tahun baru, korang. (pum~pum..bunyi bunga api kononnya.)



well bile masuk tahun baru,semua sibuk cter pasal azam kan,hah cik kopi dah tak dah citer pasal azam tahun nie sebab azam tahun lepas puntak tergapai lagi.Cuma satu jer harapan cik kopi ialah nak berubah jadi orang yang lebik dan berguna pada nusa dan bangsa..(wahaaa).
tahun 2013 meninggalkan banyak kenangan buat cik kopi.so cik kopi nak ler review sikit ape yang berlaku sepanjang 2013.kalo tak tak best bagi korang,takpelah.yang penting cik kopi syiok.

memori tahun 2013~

Program Umast-Go (geng 11 n 12) Jan 2013



sertai program kuarga angkat di felda Besaout,Sungkai Perak (April 2013)





pertandingan memasak~ (May 2013)


reunion Umastgo+bufday celebrate (May 2013)



2nd timer Pembantu Mahasiswa (Julai-Sept 2013)

    thanks korg :)


Sunway Lagoon (Julai 2013)



makan2 dgn geng tercinta (Nov 2013)




feed the homeless (Dec 2013)




makan2 2nd time sambil berphotoshoot katenyer (girls day Out)






Sebenarnya ada banyak lagi cerita yang tak terungkai..hehe..cume gambar jer yang takde.haa..walau ape pun yang jadi,ia adalah momen 2013 yang akan tetap cik kopi ingat...okeyh meh kita tutup buku 2013 dan start buku 2014..oh yeahh..cik kopi sedang hadapi final exam.so wish me luck. :)

bye.

ps: azam tahun baru,jadi belogger tegar tak pernah kesampaian..