Wednesday, January 9, 2013

finalis ABPBH 2012


Assalamualaikum,



haa calon finalis ABPBH 2012 dah diumumkan tahun ini menyaksikan terdapat kategori yang calonkan secara online~jom kita tengok sape yang tercalon

Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama
Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari
Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin
Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

kategori online
#  Watak jahat dalam filem atau drama popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak
 # Gandingan di layar serasi 
1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin
# Watak animasi tempatan popular ABPBH
1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian
# Artis berpengaruh di laman media sosial
1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak
 #. Artis lelaki stailo
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak
 #. Artis wanita stailo
1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsurdin
 #. Artis Asia Paling Popular
1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

eh kategori kumpulan nasyid popular memang takde yer? 
PS:Remy ishak n Tiz Zaqyah akhirnya dah kurang fofular~tasha shilla pun dah tak nampak bayang~ehh mane cik ta?

Tuesday, January 8, 2013

kisah di satu malam~ #Farah Nur

Assalamualaikum

Hurm sebenarnya cik kopi patut post bende nie dah lame..tapi tak ingat pulak~

Well kenalkan ini gadis manis bernama Nur Farah Farah Nur binti Abdul Aziz (unik an nama dia~nie nama dia dalam IC.) *serius

ini Farah?

ehh bukan yang ini..

bukan yang ini

bukan yang ini jugak..

yang nie... lagi bukan..

(sumber gambar : mok chik google)







yang mana satu?








cepatlah kenalkan






















ahaaa...yang ini...manis kan?

(orang nyer sebenar lagi lawo dari yang dalam gambar)*ok tipu.

Cik Farah nie selalu merasakan dirinya kurus dan selalu gelarkan dirinya "SuperDuck"
status~tanye tuan badan!
(sorry Farah cilok gambar dari fb hang)

Ok.nak dijadikan cerita~cik kopi n yana nak buat sambut bufday Farah even though dah lame lepas bufday dia.konon2 nak kasi supriselah kat dia.semua plan kami buat diam2 sebab Farah nie tak senang kene tipu n dia pandai korek rahsie org..

So roomate dyer yang manis2 dan baik hati,cute (ehh over kau memuji diri)  nie menguatkan hati..meredah hujan,ribut taufan,petir.ohh ye~kami sanggup redah trafic jam sekali demi nak belikan kek hari jadi Farah.~hope Farah sayangkan kami lebih (panggg gedik sangat)

Tak percaya ..nahh bukti

kek yang hampir cair


Nie antara plan yang dirancang untuk kenekan farah~tapi sayang farah nie terlebih cerdik n susah nak sentap dengan kitaorang

*sentapkan farah nur di pagi hari engan buat tak tahu jer dgn dia~tapi susah sebab kami rumate mane boleh tak cakap secara tiba2~kan pelik tu.
*hilangkan diri(sebenarnya p beli kek n keluar pon tak bagitau dia~ plan nie jadi naik
 meloyan farah cari kita orang siap post kat fb lagi.

bukti lagi


*suruh nani ajak farah keluar.leka kan dia sementera nak siapkan tempat.
*ajak tina join sekali sebab tina one of her bestpren(kunun another suprise)

bile preparetion dah ready~~

*call farah ckp yana jatuh suruh farah balik~aku hampir terkantoi bila tersebut nama tina(ohh nampaknye aku x boleh jadi pelakon.. aku ade nerbes tahap 8)~habiss lahh
*plan diselamatkan dengan lakonan hebat yana..oh kalah lisa sorryhoney dlm cter ongbak rinduu(ehh sape die)~tahun depan konform Yana menang award best actress
*lame sangat nak tunggu dorang balik dari makan keropok lekor sampai lilin pon caiyak
*farah bukak pintu~~~~~~~~~SUPRISE








farah dan keknyer.

selamat hari jadi farah yang ke 31 tahun..ehh silap ke 21 tahun..heee
walaupun lambat kita sambut jugak kan :) kami sayang anda :')
semoga berbahagia hendaknya~jangan tension2 nanti cepat tua... senyum selalu 
kalo nak kawen jangan lupe jemput

dari roomate yang innocent~cik kopi

thanks reading,bye!


ps : tak sah kalo tak main colek2 kek.


Monday, January 7, 2013

kerana tudung

Assalamualaikum

Cik kopi akui beberapa tahun sebelum ini cik kopi seorang jahil dalam agama~

Tudung time tu masih lagi on dan off.
kadang kala bertudung kadangkala freehair

keikhlasan masih lagi tak timbul biarpun usia menginjak ke belasan tahun.
bagi cik kopi tudung waktu itu sekadar pakaian di waktu persekolahan.

Apabila habis waktu sekolah tudung ditanggalkan 
Bukan emak dan ayah tidak mengajar
tapi sering terikut gelodak jiwa remaja waktu itu.

Cik kopi tak nampak lagi nilai tudung
bagi cik kopi cukup sekadar tutup kepala

pendek labuh tudung diletak ketepi

sanggul tinggi sentiasa di cari.
bertudung sekadar fesyen apatah lagi

pelbagai fesyen tudung diperkenalkan
tudung hana tajima lah,yuna,tudung siti, 

tudung sarung dan pelbagai lagi
Alangkah jahilnya cik kopi ketika itu..

Satu peristiwa yang membuat kan 
cik kopi mula bertudung secara tetap kira-kira tiga tahun dulu

Waktu itu cik kopi tidak bertudung 

golongan adam ini sewenang-wenangnya mengambil kesempatan pada diri
sehingga membuatkan cik kopi merasa tidak selamat.

dan kerana itulah cik kopi mula bertudung secara tetap dan berubah sedikit demi sedikit

cik kopi perlukan masa.
Cik kopi masih lagi belajar~
harap mengerti jika terdapat ketidaksempurnaan pada tudung

cik kopi mula nampak ape perlunya menutup aurat
ramai yang bercakap wanita yang tak menutup aurat belum tentu jahat dan sebaliknya

bagi cik kopi lebih baik menutup aurat dan menjaga kelakuan

dapat mengedarkan kita dari melakukan perkara yang tidak diingini.
tudung yang dipakai membuatkan orang bertambah hormat sekaligus 
melindungi cik kopi dari fitnah orang 

menutup aurat dapat menjaga tingkah laku kita.

cik kopi bukan pandai dalam soal agama
kerana cik kopi sendiri masih terkontang kanting

ye cik kopi percaya
kerana apabila kita bertudung lelaki tidak sewenang2nya

memperlakukan kita sesuka hati,
cik kopi percaya tudung mempunyai nilai yang tinggi
cuma cik kopi tak pasti mengapa mereka sanggup mencemarkan kesucian islam

dengan mempermainkan konsep bertudung
cik kopi berharap bertudung bukan untuk mengikuti fesyen 
tapi niat mahu berubah ke arah yang lebih baik
*keikhlasan itu penting
well cik kopi masih lagi belajar

wassalam,cik kopi manis

doakan cik kopi menjadi muslimah sejati

(Entry ini utk peringatan diri)