Monday, June 24, 2013

beza.

Assalamualaikum people.

lain orang lain caranya lain pemahamannya.mungkin ayat cik kopi tuh tak begitu difahami oleh sesetengah orang (yelah ko tulis dalam bahasa malaysia ko aspect orang siberia boleh paham?)hehe..

siapa kita?kita manusia.ye manusia yang diciptakan Allah,punyai sepasang mata,sepasang telinga,satu hidung,satu mulut,sepasang tangan,sepasang kaki..ahh secara langsungnya lengkap sebuah tubuh manusia.tapi tuhan cipta kita berbeza.apa yang berbeza.?

hati.
sebab tulah segala pemikiran, pegangan ,pandangan kita tak sama.kita saling berbeza antara satu sama lain. kembar jugak berbeza.nah begitu hebatnya ciptaan tuhan.

perbezaan yang wujud antara kita sekarang inilah yang mewujudkan masyarakat kita sekarang nie.yelah ada yang suka minum susu ada yang tak suka ,ada yang suke warna kuning ada jugak yang membencinya,ade pencadang,ade juga pembantah.tapi perbezaan inilah yang membuatkan kita lebih banyak belajar mengenai kehidupan.

cara kita dibesarkan berlainan mengikut asuhan ibu bapa,agama,budaya dan sebagai.oleh sebab tulah kite kena terima dan hormati perbezaan ini.sebab kalo kita tak terima perbezaan ini sampai bila2 pun korang takkan jumpa apa yang korang hajati.

lagi satu kita tinggal dalam negara yang begitu variasi yang pd kira cik kopi jarang ada pada negara lain.so kite kene terima perbezaan tuh,barulah kita paham mereka.kalo nak orang lain paham kita,kita pun harus paham mereka.lepas tulah kita boleh cari persamaan 

okeyh ada yang bertanya bagaimana kita melihat dunia?
bagaimana pula dengan orang kurang upaya?

sejujurnya pandangan kita tentang dunia ini memang berbeza antara satu sama lain.begitu jua rakan kurang upaya kita.sejujurnya cik kopi ada rakan sebegini.kalo korang tanya bagaimana mereka lihat dunia ini jawapannyer adalah mata hati.sungguhpun mereka tidak mampu lihat,tapi cik kopi rase kadangkala mereka lebih arif dalam melihat dunia ini.serius.kadang2 pandangan dan idea mereka mampu mencelikkan diri kita.

dalam perbezaan itu pasti ada persamaan
tolak ansur itu penting :)

thanks sudi bace


.

Sunday, June 23, 2013

memori : satu persinggahan

*ehh ade entry lame yg lupe cik nak post..maaf tumpang post yer..~kes takde idea nak tulis entry baru

Assalamualaikum readers..

Amboi tajuk cerita nak up sahaje..kehkehh..Cik kopi tengah tengok cerite 6 progresif..hurm tajuknyer pun kurang pasti la pulak sambil berbelog nie(gigihkn cik kopi berbelog). Dah lame cik kopi tak tengok cerite ini..dah masuk musim kedua dah pun..kali terakhir cik kopi  tengok pon masa nak tunggu result STPM..Bile tengok cerite nie, cik kopi terkenang balik zaman cik kopi form 6 dulu.

Pengalaman form 6 cik kopi best dan seronok..kat situlah cik kopi kenal kawan- kawan seperti nabila@cik bell, nadyah, tyka, lee, sumitra, monica, mira,Izyan, fifah,syuhada,dila nadia and ramai lagi(kalo nak sebut penuh post nie..time form 6 dulu best sebab kiteorang buat macam2 program time form 6 dulu ,kiteorang involve dgn rumah hantu,sukan dodgeball, pengakap kelana even kiteorang ade buat promnite sendiri.Kiteorang  jugak buat trip pergi langkawi as percutian bersama-sama selepas STPM.

sungguhnya pengalaman masa form 6 nie tak ternilai harganya n tak mampu ditukar sekalipun. Cik kopi ingat lagi ragam kita orang masa kelas dulu. Cik kopi dulu duduk di belakang so ape lagi..geng gossipinglah kiteorang kat belakang klas.

kalo time exam sejarah, cik kopi suka tulis panjang- panjang sampai cikgu pon tegur supaya jawab apa yang ditanya bukan apa yang kite tahu..cik kopi ingat lagi bagaimana Sumitra mengajuk cikgu-cikgu waktu cikgu takde..satu lagi kenangan yang cik kopi tak boleh lupe..sebelum buat study grup pada waktu petang, cik kopi dan kawan- kawan selalu beli nasi lemak or bubur dari makcik yang jual makanan di luar sekolah.hee..memang best dapat makan bersama kawan-kawan.oh rindunyer dengan suasana form 6.

cik kopi dapat rase pengalaman jadi pengulas sukan time sukan dodgeball..hurm time nie sgt mencabar cik kopi sebab cik kopi nie sangat pemalu..nak nak pulak kene mengulas perlawanan dan bercakap depan mic n kamera..bila join pengakap pulak..nielah first time cik kopi bermalam dalam khemah di hutan masa kem pertauliahan. pengakap jugak mengajar cik kopi banyak bende. cik kopi dapat banyak pengalaman through pengakap nie.paling tak lupa program kutip sampah sambil berjalan kaki dari Seremban ke Starfresh..

ehh banyak pulak cik kopi bercerita kan..sebenarnya terlalu banyak kenangan manis nak dikongsikan tapi rasenyer cukuplah sampai di sini. kalo cerita banyak2 pon korang jemu jugak..hee

carilah pengalaman walau dimana pun anda berada..sungguh pengalaman tersebut akan bantu anda kelak..

form 6 best OK~

Thanks sudi bace :)

Friday, June 21, 2013

random post after 1 month

Assalamualaikum reader.


Wow dah lame betul tak berbelogkan. Almaklumlah cik kopi nie super duper buzy.cehh mengalahkan PM pulak kan.Clichee yer permulaan entry ko hari cik kopi oii..yelah dah lame tak menulis nielah jadi.kejung rasenyer nak menaip..tapi hari nie akhirnya cik kopi pakse jugak diri ini menaip.yelah tak nak biarkan blog nie terlalu bersawang..tapi sapelah nak jenguk belog sekarang nie.rasenyer dh ramai yang dah tak aktif belog. kalo ade pun yang dh memang otai dan mempunyai follower yang ramai gituew.

Cik kopi minat dengan blog nie walaupun setengah org ckp alah medium nie dh tak up to date. tapi biarlah.lain orang lain carnyer.so orang low confident mcm cik kopi nie belog adalah medan paling sesuai nk utarakan something.wehoo kenape cik kopi jarang update aktiviti seharian.sebab pertama cik kopi nie bukan selebriti atau sape saje yang terkenal.so i think takde orang pun nak amik tahukan..life cik kopi as student same jer macam student yang lain.so tak perlu kot update ape yang kita buat sehari2 kecuali bende nie bagi manfaat ada orang. cukuplah status fb yang diupdate setiap hari membuatkan orang lain menyampah. kan.kalo boleh life kita nie biarlah ade privasi sikit.takkan nk cerita masalah dalam kat belog pulak..nnti paling2 kan malu sendiri.

sekarang nie cik kopi dalam minggu exam.~pelikkan time exam camnie pun sempat pulak nk hupdate.pelik2..sebab time minggu exam nie lah baru ade mase nak berbelog sebentar.kalo tidak kelas dari pagi sampai ke petang.malam meeting.hujung minggu aktiviti.so bile maselah cik kopi nak duk lame2 nak siapkan entry.ok better cik kopi stp dulu sebelum bertambah ngarut lagi.nak start ulangkaji balik.almaklumlah minggu depan ade 4 paper kene ngadap.hah..doakn cik kopi yer..

ps:lepas nie tak payah nak rindu2 cik kopi.entry baru akan menyusul lepas nie tunggu~ewahh ingat ko blogger fofular nak tunggu entry2 nie..

bye :)