Assalamualaikum
readers..
Korang pernah naik KTM komuter tak?..mesti pernah kan..hurm cik kopi selalu naik train ni untuk
balik ke rumah setiap kali ada cuti..kalo dulu train komuter KTM cuma ade 3 gerabak..tapi sekarang nie ada 6
gerabak..lebih luas..lebih besar dan siap ada skrin lagi..canggihkan..haha..tapi walaupun luas..kalo waktu orang ramai..tak dapat duduk jugak..Cik kopi nie bukanlah nak
memburuk kan KTM tapi cik kopi cume nak komen beberapa perkara jer..
ktm versi lame |
first..komuter
KTM nie selalu lewat n jaranglah on the time ..kadang2 tu delay sampai 15
minit..cik kopi mungkin paham sebab train lewat maybe sebab train rosak or ada
masalah teknikal. cik kopi sendiri pernah ada pengalaman tersangkut dalam train
komuter ktm jenis 6 gerabak nie hampir dua jam yang akhirnya menyebabkan
terpaksa tukar train..tapi cuma kemusykilan di sini ialah train tersebut masih
lagi baru dan baru beberapa bulan digunakan dah rosak..lagi satu mintak lah
pihak ktm maklumkan awal2 tentang masalah tersebut dan segera cari jalan penyelesaian
dan bukannya membiarkan penumpang tersangkut dalam train hampir dua jam.cik
kopi ingat lagi ketika kejadian tersebut adalah pelancong warga asing yang
sangat marah dengan situasi tersebut and sampai dia cakap yang dia tidak akan
datang lagi ke Malaysia gara sikap pemandu train yang mengendahkan
pertanyaannya..harap KTM bertindaklah atasi masalah ini.
perkara kedua
ialah dalam train tidak ada polis bantuan..means dalam setiap perjalanan ada
yang tiada pegawai keselamatan yang menjaga keselamatan perempuan..kalo ada
pun dalam sesetengah perjalanan dan
adakalanya terlalu ramai polis pulak dalam train ini. itu satu hal dan hal yang
paling membengangkan cik kopi ialah train yang seperti tin sardin (penuh dengan
orang),boleh pula pegawai train suruh
orang untuk masuk lagi.. ada sesetengah pulak bersikap kurang ajar.bukanlah cik
kopi nie nak berkira sangat..at least kami bayar perkhidmatan train so tak
perlulah nak kurang ajar..bagi cik kopi kalo train sudah penuh tak perlu nak
disumbat dengan orang lagi..kadang2 naik kesian dengan budak2 dan orang tua
yang tersepit dalam celah2 ramai orang..nak keluar dari train pun susah..
itu berkaitan KTM dan lagi satu masalah pengguna KTM..yang nie cukup mengecewakan cik kopi..nama
jer masyarakat moden tapi takde langsung kesedaran sivik.nak masuk dalam train
pun bertolak2 macam kanak2 ribena.itu belum masuk menconteng merosakkan
kemudahan train..bile tengok tingkap cermin komuter tu retak..aduhai..sedih cik kopi tgk..kot ye pun nak balas dendam tak
perlulah berfikiran singkat camtu..kalo kita rosakkan pun at the end kita nak
jugak gunakan kemudahan yang ada. ada sesetengah penumpang nie langsung tak
beradab..cakap main lepas jer..lepas tu kebanyakan nya pentingkan diri
sendiri..ada yang sanggup pura-pura tidur sebab tak nak bagi orang yang lebih
memerlukan untuk duduk. malulah nak mengaku itu masyarakat malaysia.tapi cik
kopi respect pada orang yang beri orang yang lebih memerlukan untuk duduk.
satu jer masalah
yg membelenggu cik kopi bila naik train nie ..perkara berkaitan koc
wanita..kenapa??dh terang2 tulis koc wanita siap berpelekat pink lagi but still
ramai lagi penumpang laki masuk bahagian tersebut..~tak kiralah tempatan atau
asing..~aikk dorang nie tak paham bahasa ker ape?ada tu siap buat muka toya jer
lagi..cik kopi sebenarnya tak selesa kalo ade penumpang laki dalam train..bukan
ape ada kalangan mereka suka amik kesempatan..thankslah pada KTM yang paham
akan situasi ni dan sediakan kemudahan tersebut untuk wanita..tapi menyedihkan
ada lagi penumpang lelaki(maybe buta huruf) naik train nie..bila ditegur.tersengih-sengih
pulak…haihh dah tak tahu nak buat ape..masalah nie masih lagi berulang…dan kadang-kadang tuh mereka buat tak tahu jer dengan signboard tuh..
hurm sebenarnya
masalah ini bergantung pada mentaliti rakyat~~kalo rakyat tak nak
berubah..selagi tu lah masalah terus berlaku..dan KTM pun janganlah melepaskan
tangan sahaja…
k,bye
yang tak puas
hati,
cik kopi manis
p/s: seronok tgk
pemandangan di luar tingkap train
ktm ni aku paling malas nak naek sbb selalu sgt delay. sampai kadang2 dah janji ngan member, siap set masa. tp sbb ktm ni delay (yg agak lama), terus lmbt. bab koc wanita tu, aku rasa kena ada officer wanita yg jaga, x bg orang laki masuk.
ReplyDelete