Thursday, February 28, 2013

perlu ker gangnam style dan harlem shake

Assalamualaikum...

Mule2 trend gangnam style.lepas tu sekarang nie trend harlem shake.dah macam harem jer cik kopi tengok tarian sekarang.makin mengarut.heh cik kopi nie bukanlah pandai sangat nak cakap pasal agama,tapi cik kopi makin meluat dengan especially orang kita yang buat tarian macam tuh.kenapa perlu terkinja2 menari macam tak ingat dunia lagak seekor kuda terkena todi.itu kes gangnam style yang cik kopi peghatikan semakin hari semakin ramai rakyat kita dok menari even dalam majlis majlis rasmi yang menteri pun datang.apa yang hebat tarian tu pun tak tahulah.mule2 sekadar hiburan tapi sekarang tarian tu dah macam hiburan wajib orang sekarang.



Mesti ramai yang baca entry nie anggap cik kopi nie kuno and tak ikut perkembangan semasa.well tak semestinya orang tak menari gangnam style tu kuno or konservertif.that very wrong..takkan kena menari tarian begitu dianggap up to date.cuma tak eloklah nak dipertayangkan kepada budak budak kecil akan tarian macam tu as kita nie dah takde tarian kita sendiri.sekarang niepun budak umur 4,5 tahun dah tahu menari gangnam style..sebab tulah generasi kita semakin hilang akan identiti budaya sebab dari awal lagi kita dah sogokkan dengan aktiviti macam nie.bukannya tak boleh menari,boleh berhibur tapi biarlah berpada2.


cik kopi tak kisah kalo korang nak menari tapi tak perlulah asal di mana2 nak buat tarian gangnam style..dah macam takde tarian lain nak dipersembahkan.manalah generasi kita nie semakin hilang identiti sendiri.lepas tu sibuk menuding jari ke arah orang lain bila anak bangsa kita dah tak kenal jati diri mereka

Lagi satu perlu ker tarian gangnam style dalam majlis majlis besar kerajaan.supposely kita patut persembahkan tarian yang membawa identiti negara kita.biar pelancong kenal tarian negara kita.tarian kita sebenarnya jauh lebih unik berbanding negara lain sebab kita ada pelbagai jenis tarian dari pelbagai bangsa.nie tak asyik2 gangnam style.naik jelak cik kopi lihat.Sungguh cik kopi rimas.dah macam takde tarian lain.


Lepas habis gangnam style masuk pulak tarian harlem shake yang cik kopi peghatikan macam haremm jer tarian nie.serius tak senonoh and ntah ape-ape.cik kopi malas nak share video2 nie.korang cari jer video2 nie kat youtube berlambak.orang malaysia cepat sangat ikut bende2 tak senonoh camnie..bende yang baik tak nak pulak ikut.tarian yang tak senonoh tu pulak senang jer orang kita ikut.betul tak? sebab tu malas nak share..lepas nie jangan pulak harlem shake nie dipersembahkan secara meluas.udahlah

boleh jer nak menari tapi biarlah berpada-pada..jangan kerana tarian kita bakal kehilangan identiti kita sendiri..

thanks sudi bace

Saturday, February 23, 2013

oh KTM


Assalamualaikum readers..


Korang pernah naik KTM komuter tak?..mesti pernah kan..hurm cik kopi selalu naik train ni untuk balik ke rumah setiap kali ada cuti..kalo dulu train komuter KTM cuma ade 3 gerabak..tapi sekarang nie ada 6 gerabak..lebih luas..lebih besar dan siap ada skrin  lagi..canggihkan..haha..tapi walaupun luas..kalo waktu orang ramai..tak dapat duduk jugak..Cik kopi nie bukanlah nak memburuk kan KTM tapi cik kopi cume nak komen beberapa perkara jer..
ktm versi lame
ktm versi baru~6 gerabak
first..komuter KTM nie selalu lewat n jaranglah on the time ..kadang2 tu delay sampai 15 minit..cik kopi mungkin paham sebab train lewat maybe sebab train rosak or ada masalah teknikal. cik kopi sendiri pernah ada pengalaman tersangkut dalam train komuter ktm jenis 6 gerabak nie hampir dua jam yang akhirnya menyebabkan terpaksa tukar train..tapi cuma kemusykilan di sini ialah train tersebut masih lagi baru dan baru beberapa bulan digunakan dah rosak..lagi satu mintak lah pihak ktm maklumkan awal2 tentang masalah tersebut dan segera cari jalan penyelesaian dan bukannya membiarkan penumpang tersangkut dalam train hampir dua jam.cik kopi ingat lagi ketika kejadian tersebut adalah pelancong warga asing yang sangat marah dengan situasi tersebut and sampai dia cakap yang dia tidak akan datang lagi ke Malaysia gara sikap pemandu train yang mengendahkan pertanyaannya..harap KTM bertindaklah atasi masalah ini.

perkara kedua ialah dalam train tidak ada polis bantuan..means dalam setiap perjalanan ada yang tiada pegawai keselamatan yang menjaga keselamatan perempuan..kalo ada pun  dalam sesetengah perjalanan dan adakalanya terlalu ramai polis pulak dalam train ini. itu satu hal dan hal yang paling membengangkan cik kopi ialah train yang seperti tin sardin (penuh dengan orang),boleh pula pegawai train  suruh orang untuk masuk lagi.. ada sesetengah pulak bersikap kurang ajar.bukanlah cik kopi nie nak berkira sangat..at least kami bayar perkhidmatan train so tak perlulah nak kurang ajar..bagi cik kopi kalo train sudah penuh tak perlu nak disumbat dengan orang lagi..kadang2 naik kesian dengan budak2 dan orang tua yang tersepit dalam celah2 ramai orang..nak keluar dari train pun susah..

itu berkaitan KTM dan lagi satu masalah pengguna KTM..yang nie cukup mengecewakan cik kopi..nama jer masyarakat moden tapi takde langsung kesedaran sivik.nak masuk dalam train pun bertolak2 macam kanak2 ribena.itu belum masuk menconteng merosakkan kemudahan train..bile tengok tingkap cermin komuter tu retak..aduhai..sedih cik kopi tgk..kot ye pun nak balas dendam tak perlulah berfikiran singkat camtu..kalo kita rosakkan pun at the end kita nak jugak gunakan kemudahan yang ada. ada sesetengah penumpang nie langsung tak beradab..cakap main lepas jer..lepas tu kebanyakan nya pentingkan diri sendiri..ada yang sanggup pura-pura tidur sebab tak nak bagi orang yang lebih memerlukan untuk duduk. malulah nak mengaku itu masyarakat malaysia.tapi cik kopi respect pada orang yang beri orang yang lebih memerlukan untuk duduk.
salah satu contoh vandalisme di ktm (sumber pic :google)
satu jer masalah yg membelenggu cik kopi bila naik train nie ..perkara berkaitan koc wanita..kenapa??dh terang2 tulis koc wanita siap berpelekat pink lagi but still ramai lagi penumpang laki masuk bahagian tersebut..~tak kiralah tempatan atau asing..~aikk dorang nie tak paham bahasa ker ape?ada tu siap buat muka toya jer lagi..cik kopi sebenarnya tak selesa kalo ade penumpang laki dalam train..bukan ape ada kalangan mereka suka amik kesempatan..thankslah pada KTM yang paham akan situasi ni dan sediakan kemudahan tersebut untuk wanita..tapi menyedihkan ada lagi penumpang lelaki(maybe buta huruf) naik train nie..bila ditegur.tersengih-sengih pulak…haihh dah tak tahu nak buat ape..masalah nie masih lagi berulang…dan kadang-kadang tuh mereka buat tak tahu jer dengan signboard tuh..


buta atau tuli 

hurm sebenarnya masalah ini bergantung pada mentaliti rakyat~~kalo rakyat tak nak berubah..selagi tu lah masalah terus berlaku..dan KTM pun janganlah melepaskan tangan sahaja…

k,bye


yang tak puas hati,
cik kopi manis


p/s: seronok tgk pemandangan di luar tingkap train

Thursday, February 21, 2013

drama adaptasi dan alkisahnya

Assalamualaikum,


Korang tahu tak novel "cinta kau dan aku" tu dah pun diadaptasikan ke layar perak. I mean dalam bentuk drama. Uhh bile dengar cerite nie dah dibawa ke bentuk drama,cik kopi manyak gembira. Kenapa?cik kopi peminat tegar novel nie.dah masuk 2nd baca tahu~hidung kasi kembang sikit.(elehh orang lain bace berpuloh2 kali tak over pun nie baru second time~pirahh)wokeyh~wokeyh...



Cik kopi cukup berkenan dengan jalan cerite novel nie. so cik kopi tak kisah kalo berhabis duit nak beli ini novel..(haa berhabis duit konon padahal beli gune baucer buku..puihh) wokeyh~wokeyh..but bile cik kopi tengok trailer cerite nie, ade satu bende jer yang paling cik kopi paling tak puas hati.kira x puas hati tahap 8 lahh.ape yang tak puas hati?bab hero novel nie.why fizz fairuz?why him????arghhhh troll face..menjahanamkan angan2 cik kopi pasal cerite nie.aduii punah sudah?why him?why?why?why?(sudah tu cik kopi tak payah nak beroverdrama disini)kenapa cik kopi tak puas hati? yelah dalam novel tu watak farish hakimi tu handsome gilo,tampan n tinggi.tapi fizz fairuz?ala biasa2 jer..tak menepati watak sangat. watak farisya iman tu cik kopi boleh terimalah sara ali bawak.tapi watak farish hakimi by fizz fairuz?ohh masih ternampak bayangan ustaz aidil di situ.


takpelah,cik kopi marah2 pun drama nie dah start tayangan so redholah jelah yang fizz fairuz bawak watak Farish hakimi tuh..nak berontak bagai pun sape nak kisah kan..hopefully fizz dapat bawak watak tuh dgn jayanya..so far cik kopi layan dululah cerite nie dulu.mane tahu citer nie best macam mane jalan cerite dalam novel.tapi semangat teruja nak tengok tuh dah hilang..cik kopi sure sapa yang dah baca novel cinta kau dan aku nie akan quite kecewa dengan pemilihan pelakon nyer.kan?kan?
so far tengok cerite nie masih lagi ikut jalan cerita novel~harap tak mengarut sangatlah cerite nyer nanti.Cik kopi tak suke tengok drama adaptasi yang kononnya adaptasi dari novel ditokok tambah sehingga tak nampak keaslian cerite tuh.just adaptasi simple jer macam cerite nora elena dan setia hujung nyawa kan senang. and cerita2 nie kumpul ribuan followers.ok back to the topic drama cinta kau dan aku nie dah pun start tayang kat tv1 mengantikan cerita trilogi cinta sejak 15 februari lalu.

ps :drama adaptasi memang best,tapi yang tak sedapnya drama tuh tak ikut apa yang kita bayangkan.betul tak?

thanks sudi bace,bye

Sunday, February 17, 2013

dua minggu : sakit

Assalamualaikum,

Rindu cik kopi tak?rindu tak?rindu tak? panggg kang baru tahu.yelah sapalah yang sudi merindui cik kopi ini..huhuh..ahh sudah hentikan drama swasta..dua minggu menyepikan diri nak berdrama swasta di sini....

dua minggu menghilangkan diri bukan cik kopi merajuk dari dunia belog mahupun membawa hati lara..takde maknenyer..haha..sebenarnya cik kopi start cuti semester..itupun dua minggu jer..dekat rumah cik kopi takde internet.sebab dah kene potong.yelah dekat umah takde sape yang pakai internet so kasi potong untuk jimat.so cik kopi online gune phone..tapi takde kepuasan sangat.akhirnya cik kopi pun amik keputusan untuk tinggal dunia internet nie...
dua minggu cik kopi bercuti nie..dua minggu jugaklah cik kopi sakit,dua minggulah dapat bermanja dengan mak,berebut tv,makan masakan mak dan etc.tak pergi mane pun..dah lah sakit..n pada masa yang sama banyak kedai tutup.yang ade pergi tesco,kipmart..ohh boringnyer..

ok cik kopi cerita bab sakit dulu,mule2 cik kopi kene sakit tekak sebab tengkak tuh bengkak sampai nak makan pun sakit.so bile tgk masakan mak didepan mata,hanya mampu telan air liur jelah..(haa itu pun sakit).disebabkan cik kopi nie paling tak suke makan ubat dan pergi klinik, so bende yang cik kopi buat nak bagi ilang sakit ialah lurutkan minyak gamat kat bahagian leher yakni di kawasan tekak yang sakit.kalo nak minum pun boleh,tapi cik kopi tak tahan nak minum minyak gamat.buat setiap malam.jangan lupa selawat sekali lepas tuh banyakkan minum air masak..hasilnya dua tiga hari tuh..tekak cik kopi dah tak bengkak..n dah boleh makan dan minum.


tapi kebahagiaan cik kopi tidak lama selepas disahkan ade beguk pulak kat leher...orang tua tua2 panggil bengkak manis..apa yang manis pun cik kopi pun tak tahu.nak kate muke cik kopi manis rasenyer dah memang manis dari azali(kehkehkeh)tapi bengkak manis nie menyebabkan leher cik kopi kelihatan gemuk dan tembam di pipi.gambar?ahh segan lahh..sebab tu tak amik. kalo korang tak tahu ape tuh beguk atau bengkak manis silalah gugel yer..cik kopi tak kuase nak mensearchnyer..


beguk nie menyebabkan cik kopi tak tido malam sakit leher,kepala berdenyut sehingga sakit badan dan akhirnya demam.petua orang tua dulu2 nak bagi hilangkan beguk nie ialah amik cuka dan nila.lagi bagus kalo dapat nila jenis keras.campurkan kedua2nya dan gaul hingga sebati (hamboi hang nie program memasak ker).pastu taruk kat tempat yang kene beguk tu. (dah rasa macam separuh avatar jer separuh biru)

InsyaAllah dalam dua tiga hari surutlah..mule2 macam tak percaya..tapi bile doktor yang cik kopi jumpe tuh turut rekemen bende yang same,cik kopi teruskan.Alhamdulillah dah makin surut.tambah pulak makan ubat antibiotik..badan cik kopi dah rase sihat sikit.
bila dah sakit2 nie ramai orang cakap sakit nie penghilang dosa kecil.yer memang betul.bile sakit- sakit nielah mengingatkan kita pada yang Esa.Sesungguhnya tiada seorang pun manusia yang benar2 sempurna dan sihat atau sebaliknya tanpa kemahuanNya. Jika Allah nak tarik nyawa kita senang jer.Allah Maha Besar.

terima kasih sudi baca :)