Monday, April 22, 2013

ko ape hal?

Assalamualaikum

Korang pernah kena maki tak?mesti pernah kan?ape rasenyer?panas?ase nak lanyak sampai jadi lempeng?lately nie cik kopi perasan kalo tak puas hati on something korang mesti maki orang kan..bhai roti datang lambat pon korang maki berjela2. tu belum lagi tren kereta api yang lambat sejam(Aduhh terasa)

Well ingatlah perasan mereka.macam mane kita rase waktu kita kene maki cam tu jugak dorang rasa.kalo korang berterusan bermakian~takde sorang pun nak mengalah rasanya drama Adam dan Hawa.kalo tayang habis dulu dari korang. Kalo maki tuh jangan lah main nama bapak2 (korang suke kalo nama mak bapak kita di maki dek orang.)~Kalo boleh jangan maki orang..~bawak mengucap banyak2.

Tahu tak maki kesukaan syaitan~hurm syaitan suke orang yang suke mengeji orang lain sedangkan orang tuh pun tak sempurna mane pun. Hah sejak akhir-akhir nie cik kopi selalu perasan yang maki tuh dh jadi sebagai gaya hidup espeacially budak2 muda zaman sekarang. Kalo tak maki tak sah.korang nama punyalah indah mak bapak kita bagi,korang suke ker dipanggil weh bendul, bodoh etc.mestilah panas kn. Cik kopi tengok dah semakin tak beradap dah.

cth : Bergaduh berebut pakwe yang takdelah hensem mane.well korang teka~esti berjela2 maki kuar..dari isu luar sampai mak bapak habis dikaitnya,.gaduh pulak cam saje jer nak tunjuk depan orang ramai. Well mungkin nak populariti pantas mungkin.tapi itu stupid ways.


Itu budak budak punyer cerita,mak bapak budak pun sama join.tapi maki jiran sebelah rumah yang salah letak kereta.hurm mane tak anak mengikut kalo awak tunjukkan contoh tak baik pada anak awak,tak mustahil satu hari nanti awak kena maki oleh anak awak sendiri.

Tapi tolonglah jangan jadikan maki tu sebagai salah satu budaya kita. Cer kawal sikit kemarahan tuh.tak perlu kita nak maki orang sebab kita kene ingat dalam dunia nie takde siape yang perfect..So tak perlu maki-maki nie.lagipun maki nie bukan budaya kita.

kalo kita asyik maki orang lame2 orang susah nak hormatkan kita. Macam mana nak orang hormat kita?hormat orang lain dulu dan pehlisslah berhenti memaki.


so ayuh kita berbudi bahasa :)

thanks sudi bace.

Saturday, April 20, 2013

jangan kome mencobe meniru entry org~

Assalamualaikum readers,

Wow genap duapuloh hari cik kopi menghilangkan diri.hamboii sibuk kemain mengalahkan PM .bukan ape cik kopi p bertape kat kolej sat.kihkih.lepas tu nak menulis nie kene datang ilham.bukan main hentam keromo ja nak menulis nie.susah taw nak keluarkan idea2 bernas dan berwawasan nie.so cik kopi respek pada blogger yang mampu memberi idea bernas yelah.kita baca blog pun bukan saje-saje jer tapi nak tambah ilmu juga.so sejak akhir-akhir nie otak dah beku ok sebeku iceland.nak tulis pun macam takde mood pulak.tambah pulak sekarang nie dh makin bz dgn aktiviti kolej n study dan akhirnya belog ku ini sudah seperti sarang labah-labah yang semakin bersarang~ok ape yang cube dikatekan nie?


Sebagai blogger yang tak berape nak belogger nie,cik kopi nak jugak kasi readers cik kopi dpt ilmu walaupun entri cik kopi nie tak seberape macam blogger otai lain.so kalo boleh cik kopi takmo lah nak bagi entri so-so jer. Walupun takde sape yang nak bace pun entry cik kopi nie.ape yang cik kopi tulis nie berdasarkan ape yang cik kopi lihat,rasa,pikir dan dicampur dengan pembacaan lain.sebab tuh walau camne pun takde idea,cik kopi takmo tiru2,ciplak2 nie.cecece baiknya cik kopi nie..hahaha(sila muntah segera)

Cik kopi pelik dgn sikap sesetengah individu yang kononnya belogger suka sangat copy n paste n paling tak boleh blaa boleh plak ngaku entry tu dyer yang punyer. Padahal copy sejibik2 entry blogger lain.kesian owner entry yang sebenarnya,ntah tak cukup tido,tak cukup makan nak hasilkan entry yang menarik.ade pulak belogger..ehh silap ade manusia yang takde sivik nie sedap2 curi entry orang lain. Kalo yer pun nak amik entry orang,bagilah kredit pada owner dyer supaya ape yang dibuat tu berbaloi n tak sia2.

Hurm nak tahu cara kalo entry korg diciplak?Hurm ape lagi korang copy entry korang lepas tu paste kat gugel lepas tu search.kalo ade keluar entry sejibik dgn address yang berbeza.haa konfirm.konfirm entry korg ditiru. Hurm kalo nak kasi selamat sikit entry korg korg boleh lah disablekan jer right click tuh. Nak tahu buat camne..cam nie hah..(btw thanks cik lisa yang comel nie~blog nie best utk new blogger sebab ade banyak tutorial yang berguna utk korg belajar kat sini.)

first step:
 1.Dashboard >Design>Add a Page element >html/javascript
 2. Copy code kat bawah nie :



...<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>


pastu yang part masukkan mesej yang anda disini tu korg tukar n masukkan mesej ape yang korg nak bagi kat si peniru nie~kasi ayat sentapp sikit lagi bagus~hee jangan kejam sangat boleh cik kopi.

lepas tu jangan lupe klik save taw..nanti tak jadi pulak disable right click nie.

so selamat mencube..


p/s: ehh tak lame lagi nak mengundikan?so ape tunggu lagi jalankan tggungjawab sebagai pengundi. nielah masenye nak guna our rights anda jangan pandai pungg pang pung pangg jer .ehh dah macam iklan mengundi pulak u alls.

thanks sudi bace 


Monday, April 1, 2013

sebenarnya saya isteri......

Assalamualaikum~

ehh korang..korang..nak tahu satu rahsia tak?hehehe(perlulah gelak annoying tuh)-hurm kat tv dah pun start tayang satu cerita baru.nak tahu citer apa?haa.ceriter nielah~

ok ,boo cik kopi lambat,orang lain semua dah tahu dah citer nie.wokey~wokeyh..sebenarnya cik kopi baru tgk first episode kat tonton hari tu n gerak hati cik kopi mengatakan "hurm boleh tahan jugak cerita nie.~not bad lah. cerite nie gantikan cerite "hanya padamu".cerita ni kalo naktahu adaptasi novel jugak taw.ok lepas nie nak  beli novel nie..nak bubuh shopping list lepas nie~

hurm kalo ade orang nak belanje bole jugak hihi
jum kita layan sinopsis cerita nie.
 
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin.

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?
sumber : OneNewsHub 

kak fira dan acad :)
yang membuatkan cik kopi tertarik nak tengok~

*cerita pasal wanita lebih tua dari pasangannya~jarang orang buat cerita pasal nie~congratz kak zura~mmglah nampak cliche sikit sebab kene kawen pakse kan tp believe me,this story quite best.
*cik kopi minat izzue uuu.izzue comel izzue comei.(haikk asal gedik sangat nie)ehh tiz zaqyah pun comel jugak~rase nie first drama dorang digandingkan~
*cerita nie bintangi oleh ramai pelakon seperti Tiz Zaqyah,Izzue Islam,Qi Razali,Azlee Khairi,Uqasha Senrose,Fezrul Khan,Wilma,Marissa Yasmin dan ramai lagi.
*dah lama aunty wilma nie tak berlakon.~so cant wait to see her on tv.


uqasha senrose sbg rania
qi sbg hakimi
azlee khairi sbg raime
aunty wilma sebagai datin farizah
nie pulak promo ceriter nie :


lagu tema cerite nie pun best~lagu nie nyanyian kumpulan forteen~tajuk lagu nie ialah kita tapi lagu nie belum rasmi keluar lagi.


ok satu jer harapan cik kopi~hopefully cerite nie tak terlalu menyimpang dari novel.cik kopi bukan ape bile kita dah baca novelnya mestilah kita dah bayangkan pelakon2nyer.so bile tgk cerite nyer mestilah nak semua sama dgn ape yang kita bayangkan.
hah jangan lupe tengok cerite nie~di slot Zehra.,jumaat 9 malam ,tb 3...jangan lupe taw

sumber gambar :encik google

p/s : sengaja nak letak gambar besar2
thanks sudi bace :)